Nilai Buku Arwah Ahmad Ammar

3 buku Arwah Ahmad Ammar

3 buku Arwah Ahmad Ammar

Macam tak percaya je, dengan sekali lafaz. Eh silap, dengan sekali nafas saja saya mengambil keputusan untuk beli pakej buku Arwahyarham Ahmad Ammar.

Mungkin sebab saya sangat terpukul dan terkesan dengan “talk” yang disampaikan berkenaan arwah Ahmad Ammar ni oleh abang ipar beliau sendiri semalam. Rasa kerdilnya diri ini walaupun saiz badan saya besar.

Kenapa terpukul? Ok, antara cerita berkenaan diri arwah Ahmad Ammar ini ialah mengikut pengalaman abang iparnya sendiri, arwah merupakan seorang anak muda yang BERJIWA SANGAT BESAR untuk agamanya.

Lepas je dapat keputusan SPM yang super duper cemerkang, arwah Ahmad Ammar ini bukannya ghairah nak sambung jurusan hebat-hebat di mata manusia macam doktor,arkitek atau pun saintis tetapi arwah memilih bidang sejarah Islam!

Betul kan saya katakan, orang sekarang ramai dengan mentaliti kalau jurusan perubatan itu, anda adalah hebat tapi kalau ambil jurusan sejarah Islam kononnnya macam tak kemana perginya nanti. Kan?

Tapi, Ahmad Ammar ada matlamat besar. Demi umat. Cuma, tak sempat nak buat apa sangat tetapi sudah diambil nyawanya terlebih dahulu. Tak apalah, tapi sekurang-kurangnya beliau sudah ada niat dan karektor yang sangat mengkagumkan.

Abang ipar Ahmad Ammar ada juga beritahu yang arwah ni mempunyai sifat jujur yang sangat luar biasa. Dalam keadaan apa sekalipun, arwah tetap berlaku jujur. Kita? hmmm asalkan diri lepas, sudah!!! kan?

Harga buku Ahmad Ammar ni taklah mahal sangat. buku yang paling mahal RM23 senaskah. tapi bila pihak GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA kata kalau beli pakej 3 naskah harga RM65 saya pun setuju je tanpa fikir panjang.

Saya mungkin tidak sekuat mereka untuk ikut misi bongkar rahsia Tamadun Dunia Islam yang hebat-hebat, jadi saya fikir dengan nilai RM65 inilah sedikit sumbangan saya untuk mereka. Memang tidak banyak tetapi mudah-mudahan ramai lagi yang membeli dan secara tak langsung akan naikkan lagi semangat grup mereka.

Bak kata motivator hebat, pengacara TV AL-HIJRAH AMIN IDRIS dalam sesi ceramah beliau semalam, kita kena beri motivasi pada diri sendiri dan sama-sama memotivasikan orang lain. Chaiyok!!!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

2 responses to “Nilai Buku Arwah Ahmad Ammar

  1. seumpama novel barangkali.
    semoga dapat dipromosikan lebih luas dan mendapat jualan paling tinggi.
    di mana lagi boleh didapati buku ini yer… nak koleksi dan bahan bacaan untuk ahli keluarga juga 😀
    yangbaik´s last blog post ..Di mana keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge