Jangan Sambut Hari Ibu Gaya Orang Barat

Assalamualaikum, lamanya menjauhkan diri dengan blog sendiri. Mesti blog sendiri pun menyampah dengan tuan dia. hahaha! Maaflah, busy urus itu ini. Demam pun boleh kacau mood juga sebenarnya. Tapi, sempena nak hari ibu ni mari kita gagahkan juga menaip.

Eleh, macamlah susah sangat nak menulis blog. hihihihi

Berbalik pada tajuk “jangan sambut hari ibu gaya orang barat”. Kenapa saya kepoh sangat nak membebel pasa perkara ni? Ok, sebabnya ialah sejak 2-3tahun kebelakangan ni kalau anda semua perasan yang orang Malaysia kita dah mengada-ngada sangat semua benda dia nak tiru macam ala-ala orang barat.

PROMO HARI IBU : AL-QURAN PELANGI FALISYA RM90 SAHAJA!

Kalau tak menyimpang keluar daripada landasan agama tu memanglah tak kisah tapi rasanya kita kan masih orang Timur. Adan dan cara kita berbeza. Nak buat apa ikutkan sangat cara sambutan orang barat? Kenapa mesti sambut hari ibu dengan bawa ibu-ibu kita ke dinner atau pesta apa-apalah yang “tidak berapa senonoh”. Ada pertunjukkan yang bukan-bukan, langsung tiada ciri-ciri keagamaan?

Ada pulak tu yang lagi best punya perangai. Bagi tiket free macam-macam tapi diri dia sendiri TAK JENGUK pun ibu. Ikut gaya orang kaya-kaya. Hulur duit, lepas tu ghaib batang hidung. Ya Ampun, anak jenis apakah ini? Kalau orang barat, ya memang ibu bapa mereka yang tua ni lebih suka “privacy”. Kira memang diorang sukalah dapat hadiah macam ni, walaupun anak-anak tak bersama dengan mereka.

Tapi, kita ni orang melayu, orang Islam.

Kan ke lebih elok kalau masa sambutan hari ibu tu nanti, kita sama-sama berkumpul adik-beradik. Tak payah bawak apa-apapun tak apa sebenarnya sebab ibu kita ni bukannya nak harta kita. Dia cuma nak KITA. Hah, sebab tulah tak payah nak ikut cara orang Barat sambut hari ibu sangat.

Mereka ada cara mereka sendiri. Tapi, kita sebagai orang Islam ni cuba buat cara sendiri. Datang rumah, berkumpul adik-beradik, buat solat berjemaah, masak sama-sama, makan sama-sama (walaupun tak sesedap dekat restaurant tapi percayalah TETAP SEDAP!) dan BONUS untuk ibu kita, urutlah badan dia. hahahaha!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

8 responses to “Jangan Sambut Hari Ibu Gaya Orang Barat

  1. Menghormati ibu itu wajib,macam tak pernah dengar perintah didalam ugama untuk menyambut hari ibu.
    Abdur´s last blog post ..Pakar SEO Malaysia

  2. Ibu memang terbaik lagi-lagi bab makanan. Gaya barat yang tidak elok perlu dijauhkan yang baik diamalkan bersama.
    Bahrain´s last blog post ..Mampukah Shila Amzah Menandingi Siti Nurhaliza?

  3. zik

    datang balik kampung, jenguk2 pun dah cukup baik… duit boleh cari.. kalau dah takda..penyesalan yang tiada kesudahannya lah jawabnya…
    zik´s last blog post ..Manchester city juara epl/bpl musim 2013/2014!!

  4. betul jugak tu, masyarakat kita ni terikut-ikut banyak sangat dengan budaya barat. Memang tak bagus macam tu
    sabree hussin´s last blog post ..Tarik Audience Dengan Ayat POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge