Beli, Wakaf atau Hadiahkan Al-Quran Pelangi Sebagai Persediaan Bulan Ramadhan

Dari tahun lepas, memang kami yang jual Al-Quran Pelangi agak sibuk bila nak Ramadhan ni. Rezekilah bila orang mula beli Al-Quran untuk mula membaca sebelum masuk bulan mulia ni kan. Prektis orang kata.

Tapi, jangan salah faham pulak. Ini bukanlah maksudnya orang yang beli Al-Quran Pelangi atau Al-Quran biasa sekalipun waktu sekarang ni cuma baca Al-Quran masa bulan Ramadhan je. Bukanlah. Cubalah sangka baik sikit, boleh tak?

Ada customer kami yang beli Al-Quran pelangi Falisya contohnya waktu sekarang ni, untuk persediaan nak buat hantaran Al-Quran sebenarnya sebab maybe majlis perkahwinan atau pertunangan diorang tu akan berlangsung dalam musim raya aidilfitri. Agaknya. So, diorang belilah sekarang.

al-quran-pelangi-falisya

Al-Quran Pelangi Falisya

Ada pulak, yang beli Al-Quran Pelangi Madina yang super cute ni sebab nak hadiahkan dekat kawan-kawan, dekat adik-beradik sempena nak sambut puasa ni. Diorang tahu besar pahalanya nanti kalau diorang beli, hadiahkan pula pada orang lain. Pahala berganda kot bulan puasa nanti!

al_quran_pelangi_madina

Al-Quran Pelangi Madina

Paling manusia baik hati pada saya, ada jugak customer saya yang mungkin ada lebih sikit rezekinya. Dia beli, dia bank in duit Al-Quran Pelangi Madina dan Al-Quran Pelangi Falisya tu tapi bila saya minta alamat nak pos, memeranjatkan. Hamba Allah tu suruh saya letakkan Al-Quran yang dia beli dekat surau-surau terdekat dengan saya. Fuh!!! Nak wakaf Al-Quran rupanya.

Tapi, sekali lagi saya nak cakap (tapi ni menulis, kan?) untuk membeli Al-Quran, untuk menghadiahkan Al-Quran atau mewakafkan Al-Quran bukanlah WAJIB. Terpulanglah bagaimana anda nak melayan naskah Allah S.W.T ini. Tapi, jika ada yang nak berbuat demikian, tak kisahlah nak beli, nak hadiahkan atau nak wakafkan A-Quran Pelangi bolehlah dapatkannya di ZARALEGACY.COM , boleh juga order melalui FB kami di Al-Quran Pelangi Murah atau nak bincang apa-apa, boleh email saya di lizarazak84[at]gmail.com

Artikel Berkaitan

6 responses to “Beli, Wakaf atau Hadiahkan Al-Quran Pelangi Sebagai Persediaan Bulan Ramadhan

  1. zik

    dah dekat bulan ramadhan nih…hadiahkan al-quran pun dah besar ganjarannya.. apatah lagi kita membacanya.. Subahanallah..
    zik´s last blog post ..Kedudukan carta terkini liga super 25 mei 2014

  2. Beli untuk hadiah bagi seseorang ok gak hehe
    Khairul Zamri´s last blog post ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014

  3. wakafkan kat surau/masjid, besar saham akhiratnya.
    Denaihati´s last blog post ..Status Halal Coklat Pepero

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge