Tolonglah Hormat Keluarga Karpal Singh

Tak boleh ke nak hormat keluarga Karpal Singh ya? Cuba letak diri anda semua di tempat keluarga Karpal Singh sekarang. Dah lah tengah sedih dengan berita kematian mengejut, keluarga Karpal Singh nak kena melayan karenah orang ramai yang kutuk-kutuk mendiang pulak.

Semalam, subuh-subuh lagi saya dah dapat gambar mendiang Karpal Singh yang berlumuran darah di bahagian muka akibat kes kemalangan maut tu. Tak ngeri langsung sebab mungkin lately ni kita asyik dihidangkan dengan tajuk dan muka orang kemalangan je dekat front page harian metro, sampai dah naik lali.

Cuma, rasa macam nak memaki pulak orang yang menyebarkan gambar tu. Sebenarnya tak perlu kot nak kena ada orang beritahu yang perkara menyebarkan gambar macam tu tak elok. Kan dah besar dan dah boleh fikir. Cubalah faham dan hormat sikit perasaan ahli keluarga Karpal Singh tu. 

Ok, nak beralik cerita lawak sikit. Saya janji, lawak ni sikit je. Semalam, orang sibuk cerita pasal 2 kes Karpal dan Kapal. Sebutannya kan lebih kurang sama  je. Saya bersembanglah dengan mak petang-petang semalam,

saya : mak, kapten kapal tu yang salah mak. Dah terlanggar batu agaknya, lepastu tak bertanggungjawab

mak : sejak bila tukang bawak kereta kita panggil kapten? nama baru ke?

aku : (blur)

mak: memang kita sebut kapten ye?

aku: mak cakap pasal kapten mana ni mak?

mak : yelah, kapten yang bawak karpal singh tulah

aku : ija cakap pasal KAPAL kat lautlah, bukan KARPAL dekat darat tu

Huwaaaa!!! Bukan dengan mak je terkena macam ni. 2,3 orang jugaklah yang terkena macam ni. Gara-gara sebutan kapal dengan karpal dah nak dekat dan kes pun memang tengah hangat sama-sama. Keliru sudahnya!!!! hahahahahahah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

8 responses to “Tolonglah Hormat Keluarga Karpal Singh

  1. Yeke..alhamdulillah saya xdapat gambar tu..selalu jugak dapat gambar di whatsapp gambar ngeri kemalangan, kene tetak, kene langgar..kadang2 tu gambar dari pihak polis atau orang awam di tempat kejadian..semua nak jadi CNN segera..tapi tak hormati perasaan dan sensitiviti orang lain kan..

    Mulakan Langkah Pertama Anda
    zara´s last blog post ..Bahaya Preeclampsia Kapada Ibu dan Bayi Di Dalam Kandungan

  2. Org kita ni mmg gitulah perangainya. Tak sudah2 nak jadi org pertama yg sebar gambar2 camni.

    sedih betullah.
    hafizmd´s last blog post ..Bluefin-21 Jentera Selam Operasi Kehilangan MH370

  3. dapt juga gambar tu memang tak sebarkan. ha ha lawak, banyak isu sembang serentak kot….heee
    Denaihati´s last blog post ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?

  4. Saya pun dapat jugak tengok gambar accident tu. Entah siapa entah orang pertama yang suka-suka je nak main edar-edarkan gambar tu
    sabree hussin´s last blog post ..Cara Licik Dapatkan Kos Iklan FBAds Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge