Sakit Hati Dengan Zalora Malaysia

Sakit hati dengan Zalora sejak akhir-akhir  ni. Tapi bukan sebab apa, sebab Zalora jual produk semua harga murah-murah. Sakit hati sebab Zalora menghabiskan duit orang.

Kalau harga murah-murah, tapi design tak cantik, taklah terasa sangat hati tapi ini dahlah murah design pulak cantik-cantik dan trendy. Geram!!! Oh ya, yang ini saya tidak dibayar okay. Tapi, kalau pihak Zalora terbaca artikel mengampu ni, lepas tu rasa nak derma duit advertorial, saya boleh bagi nombor akaun. hahahaha!

Pakaian Muslimah di web Zalora

Pakaian Muslimah di web Zalora

 

Tengok gambar dekat atas ni. Cantik-cantik kan design baju dekat Zalora Malaysia ni. Harga taklah semahal butik rasanya. Ada jualan murah agaknya sebab ada baju yang asal harga RM300 lebih, tapi sekarang baru RM170 macam tu lah lebih kurang. Makin SAKIT HATI DENGAN ZALORA!!

Saya ada dengar orang review pasal order dekat Zalora, ada problem barang tak sampai. Tapi, bila saya dah buat survey tanya almost 10 orang jugaklah. Semua cakap mereka tak ada masalah pun beli dekat Zalora. So, saya tak nak percaya pada review negatif tentang Zalora selagi tak kena sendiri. hahahaha!

Oklah, oleh kerana ini bukan artikel berbayar, maka saya tak nak mengampu banyak-banyak. Saya sibuk uruskan beberapa perkara sekarang ni. Sekarang, pihak AlQuranPelangiMurah tengah open untuk pre order Al-Quran Falisya yang cantik-cantik dan memang setiap hari ada je orang nak beli. Jadi, kami semua busy urus orang nak borong itu ini. Moga Allah permudahkanlah kerja kami.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

13 responses to “Sakit Hati Dengan Zalora Malaysia

  1. Selalu gak tengok Zalora, tapi risau beli baju online.. kena salah size, rugi. haha
    Izzat Aziz´s last blog post ..Surat Khabar

  2. macam cantik jer
    macam cantik jer

    wakaka 😛
    hafidz´s last blog post ..Salam Hormat

  3. Belum pernah lagi beli baju online… anything yg related dgn kamera tu pernah
    MK Kimi´s last blog post ..Ada Apa Dalam Beg Anda?

  4. Saya kalau takde duit, jarang nak masuk web jual online..takut tak dapat tahan nafsu.hahaha
    Hafiz Rahim´s last blog post ..G-Shock Pilihanku

  5. cuma pada saya macam xde feel la beli online ni. wife selalu reject barang yg dah sampai. sebab salah saiz la, salah brand la, macam2.. saya tgk je. org pompuan yg selalunyer rambang mata pun. hehehe
    halif´s last blog post ..5 Syarat Kelayakan Yang Perlu Anda Tahu Untuk Menjadi Ahli Farmasi

  6. Memang murah pun barang yang dijual di zalora nie..tp tidak kurang jgk yang kena tipu..
    mohd yazed´s last blog post ..Hakikat Kedudukan Boss dan Anak Buah

  7. 🙂 tak cukup berjaya nak buat saya rasa sakit hati lagi
    sabree hussin´s last blog post ..Masalah Subscriber HILANG Dalam Sistem Autoresponder

  8. Gambar pertama cantik tuh,modelnya simple
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge