Kes Flight MH 192 Pulak

Kes Flight MH 192 pulak. Belum lagi habis kes MH 370, dah ada kes baru. Dekat Malaysia juga. Petunjuk apakah ini? Tapi, nasib baik untuk kes flight MH192 sebab  semuanya selamat selepas pilot dapat buat pendaratan cemas dengan cukup baik. Umur masih panjang.

Apakah agaknya pengajaran yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh ambil ya dari kes kehilangan pesawat MH370, kes feri terbalik dan terbaru kes flight MH192 pulak yang nyaris juga terhempas kalau pilot tak cekap ni? Mula-mula malas nak ambil tahu tapi selaku umat Islam, rasanya kita kena ambil serious juga kes macam ni.

Allah dah beri peringatan berkali-kali. Kalau manusia tidak ambil juga ikhtibar, alangkah ruginya. Mungkin CEO MAS sudah boleh duduk berfikir dan buat keputusan cepat untuk ikut jejak langkah syarikat penerbangan Brunei untuk mewajibkan pramugara dan pramugari memakai uniform kerja yang lebih mengikut syariat dan hentikan jualan minuman keras di atas pesawat. Setuju?

Bagi kita pula, jangan pandang ringan tentang kes misteri kehilangan pesawat MH370, kes feri terbalik dan karam, kes kematian mengejut Karpal Singh dalam kemalangan dan terbaru KES FLIGHT MH192 yang hampir saja meragut nyawa lagi ni sebagai BERITA BIASA-BIASA saja.

Kita pun kena ambil ikhtibar. Tak mungkin semua benda ni jadi takpa sebab. Mesti ada hikmah dan pengajaran yang Allah nak beritahu. Sama-samalah kita renung dan muhasabah diri semula. Kembali semula pada kitab agung iaitu Al-Quran. Apa-apapun, tahniah pada pilot FLIGHT MH192 yang berjaya lakukan pendaratan cemas dengan selamat. Alhamdulillah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Kes Flight MH 192 Pulak

  1. Allahuakbar..macam-macam berlaku di Malaysia..ape pun semua dengan kuasa dan izinNya..
    zara´s last blog post ..Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Risiko Anemia Semasa Hamil

  2. Macam-macam la MAS ni, buat orang takut je nak naik flight diorang
    sabree hussin´s last blog post ..Cara Licik Dapatkan Kos Iklan FBAds Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge