Buat Minuman Detox Sendiri Lagi Best!

Kau hado air minuman detox sendiri? hahahaha! Ok berlagak-berlagak ni, Allah murka nanti. Ok, kembali normal. Macam ni, di atas kesedaran sendiri sebab badan macam kena pam dengan angin apa ntah. Saya telah membuka hati untuk cuba resepi ini.

Ayat tak boleh nak menahan. hihihi. Cakap je tak ada duit nak minum dekat kedai selalu kan senang? Oklah, malas nak tulis panjang tapi malam ni saya cuma nak kongsi macam mana saya buat air minuman detox untuk minum sendiri tanpa buang-buang duit nak lepak mamak!

Sebelum tu, untuk apa nak ngada-ngada sangat buat minuman detox homemade ni? Saja. Badan macam banyak toksin je, macam berat, malas (tapi, ini memang penyakit semulajadi ni), lepas tu macam kurang cergas lately ni. Kebetulan, saya ada follow account twitter mat saleh yang selalu jaga kesihatan ni.

Dipendekkan cerita, saya rembat resepi mudah merekalah ni untuk hasilkan minuman detox sendiri! hehehehe. Murah, mudah dan tak buang masa. Macam mana nak buat? Sebenarnya afdal kalau ada lemon, daun pudina/mint dan timun macam dalam gambar dekat atas ni tapi saya tak suka timun sangat. Jadi, saya buat sebijik sebijan macam gambar bawah ni

Minuman detox lemon campur daun pudina/mint saja! Hiris buah lemon nipis-nipis, lepastu masukkan dalam jag air tapi saya miskin. Jag tak ada, guna botol kaca yang mak dapat masa pergi kenduri kahwin (kahkahkahkah). Lepas tu, tuangkan air masak, ambil pulak daun pudina/mint tadi tu masuk jelah dalam air tu. Terus masukkan dalam peti ais. Esoknya pagi-pagi, tinggal minum! Bestnya!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Buat Minuman Detox Sendiri Lagi Best!

  1. tak tahu pulak air nie elok untuk kesihatan..memang adik selalu buat..thanks for sharing..
    mohd yazed´s last blog post ..Mari Kenali Penyakit Tibi

  2. Wouw,,,tips yang sangat bermanfaat.terimakasih
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

  3. best ni..bagus sangat-sangat untuk kesihatan dan mengawal berat badan..juga menggunakan modal yang sedikit kan..

    Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi
    zara´s last blog post ..Ready Stock Shaklee Untuk COD Dan Pos

  4. Owh..patutla laksa ada daun pudina. Eh, ade kaitan tak? 😛
    Khamsi Abdullah´s last blog post ..More Than One

  5. Kalau ibu mengandung, boleh x minum air cmni?
    Red Linda´s last blog post ..KOS SEBELUM BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA : SALAM SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL

  6. ctz

    mmg nk kena letak kt jug kaca ke?

  7. memang seronok kalau dapat buat jus detox sendiri, kurang gula dan tambah bahan ikut sedap
    Dila´s last blog post ..Bagaimana Nak Merawat Muka Nur Shafiqa Lah ?

  8. Badan rasanya dah banyak sangat toksik.

    Nak buang semula ni.
    Asyraf Asri´s last blog post ..Kerjaya Customer Service di KLIA

  9. Halim Saad

    minum dia macam mana eh?? sekali minum bagi habis ke atau ulang2?

  10. Saya nk tahu sekali buat saty jug detox ni nk minum brape kali ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge