5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya Sampai Ke Sudah

Panjang kan tajuk artikel kali ni? Memang sengaja sebab tak ada sebab, memang nak! hahahaha! Kalau anda sendiri ada simptom RASA TAK KAYA-KAYA padahal dah bermati-mati buat kerja itu ini, dah cuba ambil JOBDIRUMAH yang saya sendiri warwarkan selama ni, artikel ini untuk anda.

5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya Sampai Ke Sudah

1) Tak pandai urus wang yang ada. Memang ada jenis manusia yang dia ada duit, tapi dia tak pandai nak uruskan duit dia tu. Kalau dia dapat RM3000, RM2500 boleh lesap dalam masa 2 jam sebab pergi shopping dekat Mid Valley. Contohnya. Anda macam ni? Hah, tanggunglah sendiri.

2) Hasil duit tak berkat. Kalau orang Islam, pastinya dah tahu tentang ini tetapi rasanya ramai juga yang buat-buat tak tahu. Lepas tu, bila dah berhempas pulas kerja siang malam tapi tak kaya-kaya juga mulalah cakap “Allah tak adil”. Hek eleh sangat kan?

3) Kenapa rasa tak kaya-kaya? Mungkin sebab kita “makan sorang” duit yang kita ada tu. Saya tak tahu anda bahagikan wang anda macam macam setiap bulan tapi saya begini. 10 % dari hasil income online atau sumber apa-apalah yang saya dapat, saya masukkan dalam tabung mana-manalah (tiada niat menunjuk, tiada). Ingat, dalam rezeki kita ada hak orang lain.

4) Dah bayar zakat? Ini bukan pada semua orang. Cuma yang dah cukup syarat jelah. Ada sesetengah orang “kaya”, dia memang nampak kaya diluar. Rumah besar, kereta besar semua besarlah tapi dia lupa bayar zakat. Zakat tu wajib kalau dah cukup syarat. Macam mana nak rasa “kaya” kalau Allah tak redha?

5) Kenapa tak kaya-kaya padahal dah buat macam-macam? Lizarazak suruh follow cara dia berbisnes di Facebook, dah buat dah. Ada orang suruh amalkan cara nak seru rezeki pun dah buat dah tapi masih tak kaya-kaya? Ok, mungkin sebab anda lupa nak SEDEKAH DEKAT LIZARAZAK lah tu. Okbai

Artikel Berkaitan

16 responses to “5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya Sampai Ke Sudah

  1. No. 5 tu rasa macam……..Okbai. hehehe

  2. No 5 tu patut jadi no 1, hehe. Rasanya ramai yg gagal no 1 tu. Gagal urus wang dgn baik.
    Ahmad Ijat´s last blog post ..Daylight Saving Time di Melbourne

  3. Keberkatan nie sebenarnya antara perkara utama… Kalau tak ada keberkatan jawabnya memang rasa tak kena semuanya…
    Izzuddin Fauzi´s last blog post ..Beli Alatan Videografi Untuk Telefon Pintar

  4. Yang no.3 tu setuju sangat-sangat…perlu banyakkan share kerana ianya akan membuatkan rezeki kita lebih murah dan akan melimpah-limpah rezeki kemudian hari..
    mohd yazed´s last blog post ..Hakikat Kedudukan Boss dan Anak Buah

  5. Terima kasih atas perkongsian..setuju d power of sedekah n syukur faktor utama
    zara´s last blog post ..Punca Kembung Perut Dan Cara Mengatasinya

  6. Betul sekali, sangat setuju dengan tulisan di atas. Sudah merasa melakukan segalanya, namun mungkin masih ada satu kesilapan yang kita lakukan dengan tidak sengaja.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

  7. Jom buat ni.5…ha ha. tapi kena dapat baranglah…Al-Quran cantik tu ka…
    Denaihati´s last blog post ..Usahawan Melayu jahil Trademark dan Paten

  8. “mungkin sebab anda lupa nak SEDEKAH” ini yang paling ampuh untuk meningkatkan rejeki
    Pengobatan Alami Alzheimer´s last blog post ..Pengobatan Alami Alzheimer Dengan Jus Manggis Xamthone Plus

  9. kadang dah kaya pun tak mengaku kaya itu yang jadi silap nya, kalau dah kaya mengaku sahaja dah kaya
    onlajer´s last blog post ..Panduan Memotong Kuku

  10. 5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya Sampai Ke Sudah – sangat masuk akal dan memang ini yang saya alami, terima kasih saran yang baik ini untuk saya praktekkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge