Ubat Migraine Paling Sedap!

Maka, sudah sampai masanya untuk tulis review produk seikhlas hati mungkin. Haah ikhlas sebab ini review produk TIDAK BERBAYAR. Kenapa nak review produk ni? Sebabnya tak lain dan tak bukan, mestilah sebab memang produk ni BAGUS.

Ya, saya memang tidak dibayar untuk review produk MINERAL COFFEE ni dan bukan agen jualan pun. Tapi, saya nak buat juga review sebab saya rasa macam happy ya Allah. hehehehe! Macam ni, saya ni ada Migraine yang agak teruk jugak.

Klik untuk Maklumat lanjut MINERAL COFFEE 

Orang kata kalau migraine teruk, jangan selalu sangat minum minuman berkafein atau seangkatan dengannnya. Tapi, masalahnya saya ni KAKI KOPI DAN NESCAFE! Segala jenis brand coffee saya bedal sebab macam dah jadi ketagih kot. Kalau tak dapat, jadi lesu macam orang mati laki (tapi kau belum kahwin kan?)

Agak kronik. Nak dipendekkan cerita yang panjang, ada seorang teman saya yang beri SAMPEL SEKOTAK PENUH MINERAL COFFEE HAI-O ni. Saya minum jelah sebab memang kaki kopi ni, dia bukan kira brand kopi sangat pun. Asal, hilang ketagih je kira oklah tu.

Tapi, bila dah setiap hari saya minum MINERAL COFFEE HAI-O ni memang saya perasan 1 perkara. Saya tak migraine, malah langsung tak sakit kepala macam biasa. Biasanya, kalau minum coffee (brand dirahsiakan) lain memang 3 hari je kepala dah mula sakit.

Tapi, saya minum MINERAL COFFEE HAI-O ni secara istiqamah (ayat kau nak gempaq je kan?) selama 2 minggu pun langsung tak sakit kepala yang teruk. Sakit sikit-sikit sebab stress benda lain tu normal. Tapi, sakit kepala Migraine memang tak ada.

Ini sudah bagus. Maka dengan itu, jadilah saya peminum tegar MINERAL COFFEE HAI-O ini sekarang. Kalau anda ada masalah ketagih dengan caffeine tapi ada migraine, bolehlah cuba ya. Ingat, ini bukan review produk berbayar. Jadi, jangan risau. Ayat ini semua ikhlas dari lubuk hati. Bye

Artikel Berkaitan

3 responses to “Ubat Migraine Paling Sedap!

  1. Kalau bagus boleh cuba ni. Manis tak?
    profhariz´s last blog post ..Itulah Hang Muka Budak Sekolah Sangat

  2. Betul kah?tentunya menjadi hal sangat menarik buat pra pecandu kopi.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge