Pelik ke Orang Islam Bagi Anjing Makan?

Orang Islam bagi anjing makan, kena pandang serong. Orang islam minum arak, yang memandang buat tak tahu je. Apakah? Pelik sangat ke kalau kita beri anjing tepi jalan makan roti hah?

Haah, saya memang suka binatang. Boleh dikatakan semua binatang saya suka termasuklah anjing. Cuma tu taklah sampai tahap pegang. Walaupun saya tahu, kita orang Islam memang boleh pegang anjing sekiranya tapak tangan kita dan bulu anjing itu kering tapi saya waswas.

Part Time: Data Entry/ Penterjemah

Data Entry/ Penterjemah. Gaji RM2200 sebulan. Tahu MS-Office & B.Inggeris. Sambilan kerja tempat sendiri.
Berminat sila layari:

 

Bila dah waswas, dipendekkan cerita janganlah pegang. Kan?

Tapi, memang hobi saya suka binatanglah. Tak boleh buat apa. Kalau dekat rumah, memang dah ada kucing-kucing. Yang itu, jangan cakaplah kan. Memang habis kena gomol, peluk cium semua tapi anjing saya cuma suka campak roti je bila jumpa tepi jalan.

Tapi, setiap kali saya campak roti dekat kucing tepi jalan mesti ada yang buat muka pelik. Bisik-bisik. Susahlah orang Malaysia ni, lebih-lebih lagi orang melayu. Kadang-kadang rasa nak pindah UK je tapi tulah tak ada duit. hahahaha!!!!

Ada tak pembaca blog saya ni yang ada hobi sama macam saya? Sukakan binatang termasuk anjing? Eh, anjing tu sebenarnya comel tau. Rasanya anjing ni binatang yang cerdik dan sangat penyayang dengan tuan. Setia pulak tu. Cuma, kita orang Islam mungkin susah sikit nak belai.

Belai tak boleh (sebab waswas) tapi sedekah makanan dekat anjing boleh je kot? kan? kan? Apa yang pelik sangat? Anjing tu pun makhluk Allah juga. Pandai lapar, pandai haus. Cuba bukak sikit mata hati tu. Janganlah jijik dengan anjing. Kesian please!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

15 responses to “Pelik ke Orang Islam Bagi Anjing Makan?

  1. Nak bagi makan kat khinzir pun boleh. Apa salahnya? Sejarah islam kan ada seorang pelacur bagi anjing minum.
    profhariz´s last blog post ..Diet Adalah Mengenai Cara Berfikir

  2. Ha’ah kan.. Ramai yang tengok pelik bila kita bagi anjing makan.. Anjing memang haram tapi haram dipegang atau dimakan je.. Bagi anjing makan takpe, boleh dapat pahala jugak tu..
    Anarm´s last blog post ..Duit BR1M 2014 Baru Masuk Akaun

  3. Tak pelik langsung! lagi bagus adalah, sesungguhnya anjing tu pun makhluk Allah. pedulikan pandangan orang, jnji amalan kita tu baik di sisi Allah..

  4. haha teringat juga kesah seorang pelacur yang memberi minum anjing

  5. Tak salah deh

    Yang salah bila orang Islam tu perangai lagi buruk dari anjing
    sabree hussin´s last blog post ..Review Program Rujukan Tune Talk Tone Excel

  6. Salam

    Mungkin orang kita pandang serong sebab tak biasa lagi dengan keadaan tersebut. Tapi kalau kita teruskan dan mula menjadi ikutan, perkara itu akan jadi biasa.

    Entah-entah lepas itu. orang yang pandang serong itu pula akan turut sama bagi makan pada binatang termasuklah anjing dan sebagainya. Haha
    Afandi Othman´s last blog post ..Kenapa Kita Tidak Berjaya?

  7. anjing kurang jinak banding kucing, kebanyakan kita pun jarang dekat dengan anjing dan memang jarang-jarang nampak orang kita beri makan anjing. ok je bagi makan anjing, malah dapat pahala lagi.
    Denaihati´s last blog post ..Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s

  8. amy pun suka tengok anjing yang comel…teringin nak pegang, tapi tak boleh sebab selalu was2x jugak…
    aimie mokhtars´s last blog post ..Apa ada dengan Blogger Hebat dalam Nashkah Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge