Abaikan Zed Zaidi. Teruskan PRAY FOR MH 370!

prayformh370

PRAY FOR MH370

PRAY FOR MH370. Tak nak guna hashtag. Satu, sebab tak sempat nak ambil tahu dan sebab kedua tak guna hashtag yang semua orang nak guna adalah kerana saya menulis artikel ini bukan untuk tujuan mendapatkan trafik dengan keyword tajuk panas ini.

Blog Lizarazak.com memang dah ada keyword panas sendiri (tipu) dan memang dah ada trafik organik sendiri (yang ini tak tipu). Jadi, tak kisah sangat bab trafik ni (kau memang sengaja cari gaduh kan???hehehehe)

Berbalik pada gambar di atas. Sedih, berdebar dan macam-macam lagi perasaan dalam hati ni sebenarnya. Walaupun tiada seorang ahli keluarga yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370 ni, tapi Ya Allah Tuhan saja yang tahu perasaan dalam hati ni.

Tetap berdebar.

Cuma, mungkin tidaklah seteruk kerisauan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Enta macam mana agaknya keadaan mangsa ya? Mudah-mudahan saja semua baik-baik dengan Izin Allah. Walau dah 3 hari tapi masih tak jumpa juga kesan pesawat MH370 ni, tapi kuasa Allah dan kita sebagai hamba biasa ni masih boleh terus berusaha. Teruskan PRAY FOR MH370!

Jangan dilayan dengan manusia-manusia yang merepek meraban dengan tweet tidak bermoral. Abaikan saja Zed Zaidi dengan kata-kata tidak bertamadun dia tu. Kita bukan macam dia. Jangan buang masa melayan manusia tidak berhati perut tu. Kita, teruskan berdoa dan berharap.

Apa yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi pada masa akan datang. Hanya Allah Maha Mengetahui. Pray for MH 370!!! InsyaAllah, pasti ada jalannya untuk kita temui. Amin

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

16 responses to “Abaikan Zed Zaidi. Teruskan PRAY FOR MH 370!

  1. semoga mereka semua selamat hendaknya..

  2. kesian keluarga mereka kan…..hanya ALLAH saja yang maha mengetahui keadaan mereka.

  3. krisis ni memang sungguh tragis dan MISTERI !! apakah yg sbenarnya berlaku pada MH370 ni..mcm2 cite ada..pray for them all the best !! 🙂
    Zufar´s last blog post ..Nasi Ayam Kampung

  4. apalah nak jadi dengan budak zed nih..
    ohcikgu´s last blog post ..CoolTek Home – Perintis Pertama Rumah Tenaga Solar di Malaysia.

  5. yang penting sama-sama kita doakan agar kesemua penumpang dan krew MH370 dilindungi Allah.
    Denaihati´s last blog post ..Minum Yeo’s dan menang hadiah bernilai RM500,000

  6. Yup..betul tu…dan semoga misteri ini akan terjawab dalam masa yang singkat ni..aminnn
    Hafizul´s last blog post ..Duit Gaji Tak Pernah Cukup???

  7. Kesiqn keluarga mangsa kan..every time teringatkan mh370 saya terbayang makcik yg ibu pegawai MITI tu..mesti resah, kesah xboleh makqn dan tidur mengenangkan anaknya..xdapat bayangkan macamana beliau semasa mendapat berita..mewti bagaikan direntap jantung.sekelip mata je..baru je hantar anak dia mlm tu..
    zara´s last blog post ..Petua Atasi Masalah Jerawat Secara Semulajadi

  8. Saya baca berita terbarunya, puing2 pesawat sudah ditemukan. Sepertinya peluang hidup para korban pesawat MH 370 sangat tipis 🙁
    Semoga Allah SWT melindungi mereka semua
    Rina´s last blog post ..How To Create Live Ajax & PHP Search Engine For XML Sitemap File

  9. setelah 6 hari berlalu..bagai harapan tipis untuk mereka semua hidup,tetapi tiada yang mustahil dengan kuasa allah..moga keajaiban berlaku..amin 😉

    http://teratakvitaminhaeida.blogspot.com/
    haeida´s last blog post ..Masalah Kegemukan Dan Tips Mencegahnya

  10. Saya pun tak follow sangat 🙂

    Bila bukak tv press conference pun macam tak cerita apa sangat

    Ada benda yang mereka tak nak bagitahu atau nak rahsiakan atau nak simpan
    sabree hussin´s last blog post ..Andainya Rezeki Itu Tidak Hadir…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge