RESEPI AISKRIM GORENG UNTUK ORANG PEMALAS

RESEPI AISKRIM GORENG in the house!!! hahahahaha! Sebenarnya tengah mengidam sangat nak makan aiskrim goreng buatan sendiri. Tapi, tunggu free time nak shopping sikit untuk penyedian simple resepi aiskrim goreng nanti. Sementara tu, kita share resepi jelah dulu ya.

RESEPI AISKRIM GORENG MUDAH TAPI KALAU MALAS TETAP JADI SUSAH

Bahan-bahan untuk resepi aiskrim goreng:

– 10 keping roti putih (kalau rasa hidup tu kaya sikit dah, belilah roti gardenia.kalau tak berapa nak kaya macam saya, bedal je roti apa pun)
– 5 scope aiskrim (tapi kalau saya cuma guna sudu mak je dekat dapur. kalau sudu tu petak, asikrim jadi petaklah. Takpe, asalkan boleh makan.hahahambar)
– Plastik (malaslah nak guna plastik. masuk je dalam tupperware mak. MAK lagi. hahahaha!)
– Minyak

Cara-cara nak buat resepi aiskrim goreng:

– Lembabkan roti dengan air. [nak spray sikit-sikit ataupun nak gelekkan ke, tak kisah. Yang penting jangan sampai lembik sudah~]

– Skopkan aiskrim ke atas roti.

– Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.

– Tekan acuan telur yang bulat tu [atau nak guna cawan plastik pun boleh, yang penting nak bagi bentuk, ikut citarasa, bulat ke, segi empat ke, etc] supaya roti terputus. [pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar]

– Balut dengan plastik dan simpan dalam freezer selama 3 jam atau semalaman.

– Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Jangan lama-lama, paling tidak seminit. Tapi pastikan minyak betul-betul panas.

PERHATIAN: Part cara-cara buat aiskrim goreng ni saya tiru bulat-bula dekat sini supaya saya tak salah beri info ya. Kang resepi tak jadi, anda marah saya. Teror kan? heheheheh! Ok, tak sabarnya nak buat AISKRIM GORENG SENDIRI!!!! 

Artikel Berkaitan

8 responses to “RESEPI AISKRIM GORENG UNTUK ORANG PEMALAS

  1. malas aku tahap gaban , jadi tak dapat lah aku makan ais krim goreng hehe
    onlajer´s last blog post ..Psikologi untuk Berjaya

  2. kalau tengok tak terliur sajalah….heee. nampak senang sangat nak buat, cuma kena sikit sabar menunggu beku dalam peti sejuk.
    Denaihati´s last blog post ..Kembara Bloggers ke Kemboja-Vietnam

  3. tolong masakkan untuk gua boleh tak?
    guliroket´s last blog post ..Pahang gigit tengkuk JDT (3-2).

  4. baru tahu pula pasal aiskrim goreng ni .. terbaca mengenainya, terasa nak mencuba

  5. kalau macam ni.leh buat hari2 ni..thanks kongsikan..hehe
    Hafizul´s last blog post ..Keuntungan Daripada Belajar Menjahit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge