Kafarah Dosa Dalam Rumah Tangga?

Tak tahu kenapa, ramai pulak yang kongsi masalah rumahtangga sejak akhir-akhir ni. Musim bulan madu dah habis ke sekarang? Entahlah, nak cakap lebih pun tak boleh sebab yang menaip ni belum berkahwin dan tak tahu apa masalahnya.

Tapi, mungkin pada yang rasa hidup ada 1001 masalah tu muhasabah balik diri sendiri. Cuba renung semula kehidupan dulu-dulu. Ngeri sebenarnya nak berkongsi artikel peribadi macam ni, takut ada yang terasa hati tapi kalau tak dikongsi pun susah juga. Sama-samalah kita tegur menegur.

Saya bukan orang yang alim nak bercakap soal agama dan kehidupan tapi kalau ada yang berkongsi masalah rumahtangga, saya akan jawab 2 perkara. Pertama, saya suruh kawan saya tu fikirkan balik zaman silamnya. Dia ada buat apa-apa kesalahan yang bawa pada dosa berat atau tidak? Kalau ada, mungkin sekarang ini sudah masanya mendapat kafarah dosa tersebut.

Tapi, janganlah bersedih bila dapat kafarah dosa. Sedarlah, Allah sayangkan kita tu! Perbetulkan apa yang patut. Mungkin masa bercinta dulu ada terlebih batasan. Kita manusia kan? Saya sendiri ada buat dosa, kita semua sama ada dosa masing-masing. Kalau ikutkan dalam Islam, kita tak boleh bercinta dan ada batasan agama bila belum menjadi pasangan yang sah.

Muhasabah balik.

Lagi satu, kalau yakin kita tidak ada buat dosa-dosa besar waktu dulu-dulu, cuba berlapang dada untuk terima ujian Allah. Dah nama pun hidup, kenalah ada ujian kan? Biasanya kalau kita redha ni, stress tu adalah teruk sangat. Yang buat kita jadi macam orang gila ni bila tak boleh nak terima ujian Allah.

Biasanyalah. Wallahualam. Pada kawan-kawan yang ada masalah suami isteri tu, harap bersabarlah. Jangan jadi macam orang kurang waras cakap bukan-bukan dan kongsi benda entah apa-apa dalam Facebook ya. Malu den nak membacanya. hehehehe. bye

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

7 responses to “Kafarah Dosa Dalam Rumah Tangga?

  1. Konsep kafarah tu saya setuju. Bukan je semasa belum berkahwin, malahan dalam perkahwinan itu sendiri mungkin ada dosa yang kita buat samada secara sedar atau tak sedar. Bila ada ujian macam tu, cepat-cepatlah muhasabah diri. Kita ni kan manusia, memang sifatnya pelupa dan banyak dosa. Allah nak masukkan kita dalam Syurga kenalah bagi ujian yang setimpal pada hambaNya.
    Amran´s last blog post ..Sudah Sampai Masanya Sukan Bolasepak Diharamkan

  2. oleh itu, jangan rajin sangat wat dosa ye. hehe
    guliroket´s last blog post ..11 perkara Ajaib yang selalu berlaku dalam Hari Sukan Sekolah.

  3. dalam menjalani alam perkahwinan, masalah semua tu memang kita tidak boleh elak.. kena selesaikan secara matang dan saling terbuka

  4. Emm siapa yang masuk dalam ketegori beruamh tangga baru tahu macam mana..kan kak?thanks kongsikan…
    Hafizul´s last blog post ..Keuntungan Daripada Belajar Menjahit

  5. kehidupan rumah tangga pasti ada susah senang, ada permasalahan namun semuanya harus diselesaikan dengan pemikiran yang matang.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge