Jangan Jadi Peminta Sedekah

Ya, jangan jadikan diri anda sebagai seorang peminta sedekah tetapi cubalah untuk menjadi golongan pemberi sedekah. Kita memang ada rezeki dan takdir hidup masing-masing. Ada yang ditakdirkan hidup senang, ada pula yang memang sudah ditakdirkan hidup sedikit susah.

Tapi, itu bukan alasan untuk anda jadi peminta sedekah sekiranya takdir hidup anda kurang senang.

Saya bukanlah orang yang berharta macam jutawan. Ada masa saya kesempitan wang juga. Ada juga kes di mana seluk-seluk poket, yang ada cuma RM 5.00 sahaja. Ya, saya tak tipu. Memanglah bukan sekarang, tapi suatu ketika dulu. Tapi, dalam kes saya bukanlah keluarga tidak mampu beri wang tapi kes RM5.00 tu kes tak sengaja. Dompet tertinggal (suspen kan? hahahaha)

Tapi, saya tetap percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Waktu duit saya cuma ada RM5.00 sahaja, saya betul-betul buntu. Minyak kereta nak kena isi, tapi duit tak cukup. Saya malu nak pergi isi minyak dengan RM5.00. Bukan malu apa, malu menyusahkan diri sendiri. hehehehe! Belum fikir bab nak makan lagi. Mana ada lauk tengahari harga RM5.00. Tak ada!

Ok, walau dalam keadaan sesak. Saya tetap dengan prinsip hidup “jangan jadi peminta sedekah”.

Tak mungkin saya nak pergi minta duit orang. Pada saya, dalam keadaan apa sekalipun, saya tak nak minta-minta duit orang. Saya ada FORMULA PENARIK REZEKI saya sendiri. Formula yang rasanya kalau anda yakin sahaja, anda akan berjaya buat. Formula “memberi walaupun kita susah”.

Dengan wang RM5.00 saya tu, saya tawakal. Saya cari cleaner ditempat saya kerja tapi bukan cleaner yang kenal saya dan saya kenal dia. Saya cari cleaner yang bila saya beri duit, dia tidak akan mampu balas, malah nak puji pun tak sempat. Dipendekkan cerita, saya berjaya korbankan duit RM5.00 saya tu.

Sekarang duit saya tinggal RM0. Hahahahaha!  Magic kan?

“Jangan jadi peminta sedekah”, ada suara yang terngiang-ngiang dalam kepala waktu tu. Ya, saya tahu dan saya memang tidak akan minta sedekah. Saya yakin rezeki dari Allah. Saya yakin dengan FORMULA PENARIK REZEKI. Saya cuma perlu tunggu sahaja. Sampai waktu rehat.

Kawan saya tiba-tiba telefon saya dan offer untuk belanja saya makan. Dia kata, hari itu turn dia untuk belanja saya. Saya tak fikir panjang, terus terima TAPI saya langsung tidak ingat yang saya memang tak ada duit sesen pun!!! hahahahaha. Rezeki Allah pasti datang seperti yang dijanjikan

Selesai 1 bab. Masalah tak ada duit untuk makan tengahari saya dah selesai. Sekarang tinggal masalah macam mana nak isi minyak kereta? Duit tak ada. Hati risau, tapi ada suara yang kata “Allah akan tolong. Tunggu”. Saya sambung buat kerja dan macam tadi juga saya terlupa tentang masalah saya.

Telefon berbunyi. Abang saya telefon. Dia tanya boleh tak pinjamkan kereta pada isterinya, dia minta saya balik naik kereta dia je. Saya senyum. Masalah saya sudah selesai!!! hahahahaha! Allah, indahnya hikmah sedekah. Jangan takut memberi walaupun anda cuma ada sedikit dan jangan sesekali meminta dengan manusia walau anda sesak sekalipun. Minta direct dengan Allah ya. InsyaAllah.

Artikel Berkaitan

13 responses to “Jangan Jadi Peminta Sedekah

  1. fuhh. nasib baik sy memang makan bawah RM5 😀
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Beza Boroi Dan Buncit

  2. Yeahhh..dah pernah rasa dah tu..pengalaman manis dalam hidup..jom sama-sama menjadi pemberi sedekah pulak..hehe
    Hafizul´s last blog post ..Tengok Anak Kedua Dalam Gambar Je

  3. Hehe ajaib kan.. sebenarnya rezeki tu rahsia Allah.. dan usaha itu tindakan kita sendiri..

  4. Ya semoga menjadi di antara kalangan mereka yang suka memberi sedekah kepada yang memerlukan
    Khairul Zamri´s last blog post ..Muslim Niaga – Platform Dropship Produk Islamik

  5. jadi ingat tagline sifublogger denaihati hidup untuk memberi
    munir ardi´s last blog post ..Control Your Acne with Acne Cleansers

  6. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima 😉

    Sedang Hangat Diperkatakan
    zara´s last blog post ..Petua Atasi Masalah Jerawat Secara Semulajadi

  7. Sedaya upaya dalam hidup ini harus kita usahakan agar tidak menengadahkan tangan di bawah (meminta), Insya Allah pasti rejeki itu akan datang menghampiri sehingga kita bisa memberi dan bukannya meminta
    Rina´s last blog post ..How To Create A Database Search With MySQL & PHP Script

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge