Hadiah Paling Istimewa Senaskah Al-Quran Pelangi

Selain daripada niat nak mempromosikan Al-Quran Pelangi Murah ni, saya juga inginlah nak kongsi sedikit berkenaan pilihan hadiah buat insan yang kita sayang.

Salah satu niat saya bila join bisnes Al-Quran ni adalah nak tumpang sekali jadi pejuang Islam. Nak pergi berjihad memang taklah kan. Tengok senapang pun dah gigil, nak pergi berperang jauh sekali. Tapi, dalam hati memang nak memartabatkan Islam. Saya tengok tak ramai anak muda yang minat nak jual Al-Quran.

Kalau beri hadiah pada pasangan pun tak ramai yang nak belikan Al-Quran. Nak kata tak cantik, sekarang ni dah banyak sangat jenis Al-Quran pelangi Murah yang sangat sangat sangat cantik. Tapi, masih lagi tak ramai yang terbuka hati nak hadiahkan buat insan tersayang.

Hinakah hadiahkan seseorang dengan senaskah Al-Quran? Tak romantik kah? Tak stylo kah?

al-quran-pelangi-murah

KLIK GAMBAR UNTUK INFO LANJUT

Wallahualam. Terpulanglah. Tapi, kalau saya pula. Al-Quran tandanya kasih sayang yang iklas. Kalau ada yang hadiahkan saya jam mahal-mahal, ya saya tahu dia sayangkan saya tapi kalau ada yang hadiahkan saya senaskah Al-Quran, Wallahi. Saya yakin dia sayangkan saya dunia akhirat. InsyaAllah

Hadiah istimewa untuk orang istimewa juga pastinya. Kalau nak beli Al-Quran pelangi dekat luar, ada dijual. Kalau nak beli online of courselah ada. Pilih dan sediakan duit saja. Kita tak sambut Valentine Day tapi kalau gatal jugak nak sambut, apa kata hadiahkan Al-Quran Pelangi je. hahahaha! Kurang sikit dosa. 

Artikel Berkaitan

8 responses to “Hadiah Paling Istimewa Senaskah Al-Quran Pelangi

  1. bagus juga ada AL-Quran pelangi ni.. sekurang-kurangnya menarik minat di kalangan kita supaya rajiin membaca Al-Quran,

  2. Ayat power bawah sekali tu…heeeee. buat hantaran pun memang cantik…tak payah nak hias2 lagi.
    Denaihati´s last blog post ..Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger

  3. Banyak kelebihannya bila kita memberikan senaskah al-quran untuk insan yang kita sayang terutamanya…hehe
    Hafizul´s last blog post ..Keuntungan Daripada Belajar Menjahit

  4. Moga2 Al Qur’an pelanginya makin laris mbak
    Terus semangat …
    Rina´s last blog post ..Create A Form Validation With jQuery Without Plugins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge