Kejayaan Sepanjang Tahun 2013

Pejam celik, pejam celik dah pun masuk tahun 2014. Kemain laju waktu sekarang kan? Semua orang sibuk nak kongsi pengalaman blogging sepanjang tahun 2013. Alang-alang, saya tumpang sekaki. Mana boleh ketinggalan zaman, nanti kena gelak!

Kejayaan apa yang telah saya kecapi sepanjang tahun 2013? Banyak sebenarnya tapi rasanya tak perlulah saya nak kongsikan semua. Makcik-makcik sangat nak beritahu semua cerita. kan? hahaha! Kita cerita 40% cukuplah ok.

KEJAYAAN SEPANJANG TAHUN 2013 Blog Lizarazak.com

Alhamdulillah. Walaupun blog taklah sebehat blog Ariffshah, Hanis Zalikha ataupun setaraf blog Denaihati tapi saya tetap bersyukur. Tak sangka, tahun 2013 merupakan tahun paling bertuah buat blog ini. Apa taknya, hanya dengan bermodalkan RM170-RM200 setahun blog ini mampu dapat pulangan berganda-ganda keuntungan! Macam mana? Godeklah artikel saya berkenaan Facebook Marketing ok. Ada tips rahsia saya selit-selitkan.

Untung blog ini datangnya daripada hasil titik peluh tuannya juga yang adalah sikit-sikit bakat menulis. Jadi, dapat banyak job buat review produk yang agak mahal jugak bayarannya dan hanya dengan blog ni je saya mampu buat duit dengan menjual beberapa jenis produk dan servis. Kaya den! (poyo)

Tahun 2013 juga merupakan tahun di mana saya dapat rasa hasil duit program affiliate terbanyak. Alhamdulillah sebab taklah rasa sia-sia selama ni dok mengadap laptop belajar ilmu marketing. Adalah jugak hasilnya. Bukan beratus tapi beribu. Sekali lagi, alhamdulillah.

Nak screenshot bukti pendapatan beribu-ribu saya ke? Malas. Saya bukan penipu macam sesetengah internet marketer yang guna gambar account bank palsu semata-mata nak “pancing” kepercayaan pelanggan. Rasanya cukuplah jujur pada diri sendiri. Sudah.

InysaAllah untuk tahun 2014, saya sudah mula merancang beberapa strategi berblog dan business plan yang lebih teratur. Saya perlu kembali fokus untuk hasilkan sesuatu yang terbaik buat diri saya sendiri. Jadi, saya pilih medium Youtube untuk saya dapatkan ilmu motivasi. hehehe!

Banyak video-video motivasi mat saleh yang kita boleh rujuk dan ikut cara mereka. Kemudian, kita ubah dan sesuaikan sikit dengan cara kita sebagai orang Muslim. InsyaAllah, kalau kena caranya dan dengan izin Allah kita boleh TARIK REZEKI lebih banyak untuk tahun 2014 ini. Amin

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

9 responses to “Kejayaan Sepanjang Tahun 2013

  1. Selamat ya mbak atas pencapaiannya di tahun 2013, semoga tahun ini pendapatkan dari berblogging akan makin meningkat …
    Selamat tahun baru 2014
    Rina´s last blog post ..Basic Tutorial : PHP Multidimensional Arrays Function Plus Example

  2. Good luck untuk tahun 2014 🙂
    Malaysia Tercinta´s last blog post ..Takwim / Kalendar Sekolah Tahun 2014

  3. tahniah-tahniah. semoga cik liza lebih sukses 2014 dengan strategi baru tu.
    Denaihati´s last blog post ..Ariff Shah selamat pengantin baru

  4. tahniah. semoga terus maju dan kaya 🙂
    Ummi Hanie´s last blog post ..Salam Media sediakan platform pengiklanan mesra syariah

  5. 2013 ialah tahun berakhirnya entri yang susah payah saya kumpulkan dalam arkib blog

    2014 saya mula berblogging dengan semangat nak misi baru
    sabree hussin´s last blog post ..10 Sebab Kenapa Saya Guna Autoresponder Aweber

  6. fir

    Bumi berputar.. masa berlalu.. zaman berubah.. namun segala yang berlalu mungkin akan kembali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge