Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

ILMU-BLOGSPOT-BLOGGER-MALAYSIA

ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA

Artikel ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA ini mudah-mudahan dapat bantu newbie blogger Malaysia. Saya akan fokuskan dalam bidang tips penulisan dalam siri ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA kali ini.

Sebenarnya sebagai blogger, tidak kiralah anda menulis di dalam blog yang menggunkana platform blogspot atau wordpress, anda perlu tahu teknik penulisan blog yang betul. Terlalu banyak teknik yang anda boleh praktikkan tapi dalam artikel Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini saya akan kongsikan 3 tips penulisan blog yang anda boleh jadikan rujukan.

ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA | 3 TIPS PENULISAN UNTUK BLOGSPOT ANDA

BELAJAR MENULIS ARTIKEL BLOG CARA MUDAH TAPI BERMARUAH

Tiada jalan mudah untuk menjadi penulis blog yang berjaya. Jangan ambil jalan pintas dengan copy dan paste artikel blogger lain hanya untuk menempa nama anda. Elakkan! Tapi, bolehlah guna cara saya. Mudah dan bermaruah. Anda perlu pilih 2-3 orang blogger yang anda minat dengan gaya penulisan mereka. Anda belajar cara mereka memulakan artikel, bagaimana mereka bercerita pada pembaca dan lihat juga cara mereka menutup artikel.

Saya suruh anda belajar ya, bukan meniru sebiji-biji cara mereka menulis. Belajar, dan kemudian anda praktis. Mulakan penulisan artikel anda sendiri dengan ilmu yang anda dapat tadi. Anda gabungkan cara mereka (2-3 orang blogger pilihan anda tadi) dan anda “apply” masa anda menulis artikel sendiri. MUDAH DAN BERMARUAH! Ok, next apa lagi ilmu blogspot blogger malaysia kita? Jom teruskan bacaan.

VARIASIKAN TOPIK ARTIKEL DI DALAM BLOG ANDA

Memang betul ada sesetengah “sifu” kata, blog yang ada niche tersendiri lebih mudah dapat income. Ya, memang betul tapi itu pun kalau anda memang betul-betul nak fokus dalam bidang internet marketing dan memang ada blog khusus untuk itu. Itu lain cerita. Tapi, jika anda menulis blog peribadi (saya sarankan setiap IM perlu adan blog peribadi sendiri) anda boleh gunakan tips penulisan ini.

Variasikan topik dalam blog anda sebanyak mungkin. Buat 1 kalendar khusus untuk blog peribadi anda. Tulis pada hari Isnin-Ahad, topik apa yang anda akan kongsikan dengan pembaca. Contoh topik yang saya pilih dan anda boleh tiru saja ialah topik berkenaan berita semasa. Biasanya saya kongsikan pada hari Isnin dan Selasa sebab Sabtu dan Ahad dah penuh isi dengan berita hiburan Melodi kan? Kita bagi pembaca informasi bermanfaat pulak pada hari Isnin! hehehe! Hari Rabu dan Khamis pula anda boleh kongsi topik berkenaan tips apa-apa saja ilmu yang anda tahu. Jumaat? Lagi senang. Tulis artikel berkenaan Islamik! Dapat pahala jugak

HASILKAN ARTIKEL UNTUK TARIK TRAFIK ORGANIK KE BLOGSPOT ANDA

Apa itu trafik organik? Ok, ringkasnya trafik organik ni adalah trafik yang masuk ke blog kita melalui hasil carian enjin carian seperti Pak cik Google tu dan lain-lain. Kalau nak terangkan dekat sini, nanti panjang sangat pulak artikel. Tapi, apa yang anda perlu tahu secara asasnya ialah trafik organik ni PENTING untuk trafik blog anda. Ok?

Macammana nak dapat trafik organik? Ok, khas untuk contest Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ni. Saya kongsikan sikit caranya. Anda pergi ke artikel ini dulu. Artikel tersebut memang saya hasilkan untuk dapatkan trafik organik ke blog ini. Waktu tu drama Tahajjud Cinta baru keluar di TV dan saya antara terawal yang hasilkan artikel. Orang pertama rasanya Beautiful Nara tapi oleh kerana saya ada sikit ilmu SEO saya dapat no 1 rank di Google ketika itu (sekarang masih di first page google).

Tips nya apa? Sebagai seorang blogger, sekali sekali anda perlu pantas bertindak. Tak payah setiap hari. Sekali sekala je (hahahaha), hasilkan 1 artikel yang ideanya macam saya sebutkan di atas. Ada bahan, cepat-cepat kemaskini artikel anda dan masukkan sekali keyword power-power untuk dapatkan trafik organik untuk blog anda. Praktice ok  🙂

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan

ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

5 responses to “Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

  1. Oo ada kontes rupanya patutlah bahasa dia lain macam sikit hhe
    sabree hussin´s last blog post ..Fungsi List Automation Dalam Sistem Autoresponder Aweber

  2. Ceh..aku dah pakai blogspot sekarang ni.. haha
    ishak´s last blog post ..Aku tak pernah terpikir untuk blogger award

  3. terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot
    MyCherita´s last blog post ..Pemohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Sesi 2014/2015

  4. Bagi blog peribadi, memang senang tarik trafik organik sebab boleh tulis pasal macam-macam perkara.. bagi blog niche, agak mencabar sedikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge