Hikmah Solat Dan Wudhu’ | Solat Sebagai Terapi Part 1

Entah dari mana agaknya ilham sanggup menaip isi kandungan dalam buku HIKMAH SOLAT DAN WUDHU’ ini pun saya kurang pasti. Dengan Izin Allah. Saya buat keputusan untuk kerahkan sedikit tenaga untuk berkongsi dan memanjangkan isi dalam buku hikmat solat dan wudhu’ untuk semua pembaca.

Buku ini saya perolehi percuma pagi tadi. Ada majlis Maulidur Rasul di mesjid dan kami diberi percuma buku Hikmah Solat Dan Wudhu’ ini. Jadi, saya ambil inisiatif nak kongsi apa yang terdapat dalam buku ni. Penat memang penat tapi kalau ini boleh beri manfaat pada orang yang terkunjung blog Lizarazak.com ni, rasanya tak rugi.

Saya akan mula taip setiap isi dalam buku hebat susunan Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari ni dari awal. Saya dah baca sekali lalu dah pun sebenarnya dan memang sangat menarik untuk saya kongsikan pada anda semua isi buku hikmah solat dan wudhu’ ni tapi saya akan taip secara bersirilah ya (kalau tak, pengsan!hehehe)

Hikmah Solat Dan Wudhu’ | Solat Sebagai Terapi

Perkataan “solat” bererti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam  dengan syarat-syarat tertentu.

Solat merupakan salah daripada rukun Islam yang lima. Ia merupakan tiang agama yang difardhukan kepada setiap orang yang mukallaf.

Solat adalah ibadah yang menghubungkan antara manusia dengan Allah SWT penciptanya dan hubungan dengan sesama manusia melalui solat berjemaah dan sebagainya.

Solat merupakan satu ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa keadaan sekalipun. Justeri di akhirat nanti perkara utama yang akan ditanya ialah tentang solat. Jika baik dan betul solatnya maka berjaya dan berbahagialah dia berada di dalam syurga, dan jika sebaliknya maka celaka dan deritalah dia dengan azab seksa berada di dalam neraka.

Solat bukan hanya berkaitan dengan amalan rohani sahaja, tetapi ia melibatkan pergerakan yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan manusia. Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh badan yang terdapat sebahagian daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan bahawa solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian, tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Solat sebagai rukun Islam yang wajib silakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud antara dua sujud seperti tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Inilah persoalan yang dilontarkan oleh Ziauddin Sharuddin dalam membicarakan dapatan yang ditemui oleh beberapa orang pesyarah Universiti Malaya mengenai kajiannya tentang solat di dalam sesawang pada 22 oktober 2008.

Baiklah. setakat ini dulu ok. Lenguh boleh tahan. Biasalah tak sama bila menaip ayat yang ada dalam otak kita dengan menaip ayat orang lain. hehehe! InsyaAllah, saya akan taip sambungan buku HIKMAH SOLAT DAN WUDHU’ di bawah tajuk Solat sebagai terapi.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

One response to “Hikmah Solat Dan Wudhu’ | Solat Sebagai Terapi Part 1

  1. Tak sabar menanti kelanjutannya, tulisan yang sangat bermanfaat semoga penulisnya mendapat pahala.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge