Tips Jadi Blogger Kaya Raya

Nak tips tak? Kali ini saya nak beri TIPS UNTUK JADI BLOGGER KAYA RAYA. Percaya tak? Boleh percaya, tapi jangan banyak sangat sebab saya bukan sifu blogging macam Denaihati ataupun kak Redmummy. Jauh lagi perjalanan.

Tajuk memang saja acah-acah macam power. Sebenarnya dah 7 tahun berblogging, tak adalah kaya raya manapun. Kalau terkaya pun, sebab berjaya kikis duit tabung mak. hahahaha! (sendawa)

Ok,jadi dengan pengalaman tak seberapa dalam bidang blogging ni mungkin saya tak dapat nak beri input yang terlalu awesome bagaimana Tips Nak Jadi Blogger Kaya Raya tapi mungkin anda bolehlah kot dapat idea sikit-sikit.

JADI BLOGGER KAYA RAYA DENGAN BINA ONLINE SHOP

Kalau anda perasan, sekarang ni boleh dikatakan 70% blogger yang “dulu-dulu” rajin kemain update blog dah ada kerja lain iaitu fokus dengan blog shop masing-masing (sebenarnya aku pun sama.hahaha!). Biarlah kan? Kalau dengan bina online shop di blog sendiri boleh jana pendapatan sampingan, apa salahnya. Buat aje. Nak jual apa? Standardlah, jual tudung atau baju. Tapi,saya lembap bab ini. Tak suka main dengan size. Sebab itu saya pilih bisnes jual Al-Quran je. Pahala pun dapat, InsyaAllah.

JADI BLOGGER KAYA RAYA DENGAN REVIEW PRODUK

Siapa kata jadi penulis blog tak boleh kaya? Hello, ada je penulis blog yang dibayar beribu-ribu hanya untuk hasilkan review produk mereka. Tapi, blog Lizarazak.com belum pernah ya. Kalau ada pun, setakat beratus-ratus sahaja. Anda pun boleh kalau anda dah berjaya “tackle” hati orang dengan gaya penulisan anda. Kena pandai pandai buat ayat hasut orang, barulah boleh dapat job best-best. Sebelum tu, kena asah lagi bakat menulis.

JADI BLOGGER KAYA RAYA DENGAN MENULIS EBOOK

Pernah tak dengar ada orang berjaya jana RM50K dengan jual ebook? Kalau tak pernah, boleh dapatkan info dengan dengar audio tutorial dulu. Saya dah dengar dan sekarang tengah dalam proses menyiapkan ebook bersama saudara Sabree Hussin iaitu seorang blogger juga.  Beli ok ebook kami nanti. Soon, InsyaAllah. Macam mana dengan jual ebook boleh kaya raya?

Mudah. Anda cuma kena berpenat lelah sekejap untuk hasilkan ebook. Kemudian juallah dengan harga berpatutan. Contoh, letak harga RM29.00.  Kemudian, guna khidmat aplikasi letupkan jualan ni untuk dapatkan sales ebook anda. Tunggu, dan lihat dalam akaun. Kalau ada 100 orang beli? Darab sendiri 😛

Ada lagi tips nak jadi blogger kaya raya tapi apakata anda buat latihan sikit. Cari sendiri. hahahaha! 3 pun dah cukup sebenarnya kalau anda betul-betul fokus. Duit setiap hari masuk, lagi-lagi kalau anda pilih untuk buat online shop tu. Percayalah, setiap hari dapat duit. Selamat berjaya!

Artikel Berkaitan

21 responses to “Tips Jadi Blogger Kaya Raya

  1. Nampaknya kena buat produk sendiri baru boleh kebabom
    onlajer´s last blog post ..Pengempur Pun Hampir Pupus

  2. wah~ Lizz dlm proses buat Ebook ker skrg? Hebat!
    saya tah bila larr nak buat ebook sendiri.. huhu~
    Akuro San´s last blog post ..Cash Out Nuffnang dan Perancangan Tahun 2014

  3. Neu

    topik menarik tidak mustahil boleh jadi kaya raya dengan blogging
    Neu´s last blog post ..Blogging: Pencapaian Sepanjang 2013 dan Harapan Tahun 2014

  4. nampaknya KB baru nak bertatih skil menulis..kalau dah terror insya Allah boleh buat ebook sendiri nanti…
    kakiblog´s last blog post ..5 Modus Operandi Tarik Trafik

  5. Kalau dipikirkan memang sangat banyak pilihan yang bisa kita ambil untuk menjadi blogger yang berpenghasilan tu
    Pengen bisa menghasilkan ebook sendiri, tapi bingung mau bikin ebook apa ya …
    Btw trims mbak, sangat bermanfaat 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Create Simple Polling / Voting Menu With PHP Script

  6. mesti mantap ebook ni nanti. jangan lu[a beri diskaun pada kawan-kawan….heee
    Denaihati´s last blog post ..Adobe Creative Cloud dengan skim pembayaran yang menarik

  7. Tip ni bagus kalau praktikkan. Sekarang ni org berebut nak dptkan oncome dgn bloh. Semoga byk memberi manfaat tip yg Lizz berikan ni.
    Kamil Salleh´s last blog post ..Template Baru Untuk Tahun Baru 2014

  8. Produk sendiri akan lebih nyaman dalam memasarakannya.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

  9. jadi gk sabar nih pngn liat ebooknya..hihi
    pasti mantep nih tips-tipsnya ;D
    harga sepeda MTB´s last blog post ..Harga dan Spesifikasi Sepeda Gunung Polygon 2 Jutaan

  10. salah satu hal yang harus kita lakukan agar menjadi blogger kaya..yakni harus fokus dan jangan menyerah.. 😀
    supeno´s last blog post ..5 Manfaat Super Beras Merah untuk Kesehatan Tubuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge