The Blogconomy Statistics Blogger Perlu Tahu

Pertama kali terjumpa perkataan “The Blogconomy” dan terus jatuh cinta. Kalau nak jadi serious blogger yang boleh jana pendapatan secara online, wajib teliti dan ambil aura daripada infografik bawah ni.

Kalau nak suruh saya terangkan satu-persatu apa yang terkandung dalam infografik The Blogconomy Statistics ni, boleh juga tapi siapa yang sanggup baca panjang berjela? hahahaha! Tak perlulah saya terangkan sebab infografik di atas ni sangat mudah untuk anda faham.

p/s: Kalau siapa nak beli ebook pasal SEO, tolong jangan beli selain kitab seo merah jambu! 

Kalau ada orang yang cakap jadi blogger ni tak dapat apa-apa, orang itu silap besar. Yes, besar sebab saya sendiri blogger. Sudah 7 tahun saya berkecimpung dalam dunia blogging ini termasuk 2 tahun dengan platform percuma sebab masa tu saya kedekut dan 5 tahun dengan platform berbayar selepas saya insaf daripada perangai kedekut. hihihi

7 tahun bergelar blogger, beribu-ribu duit saya dah rasa (mulalah kau nak bongkak, kan?). Hasil penulisan review berbayar, hasil komisen affiliate, hasil letak iklan di blog, hasil jual produk yang saya promosikan dekat Facebook dan saya jana trafik ke blog dan macam-macam lagi.

Blogger boleh buat duit kalau rajin. Kalau malas, janganlah berangan lebih-lebih. Rajin dan sabar adalah pakej untuk jadi blogger yang berjaya (macamlah kau dah berjaya). Cuba kaji balik infografik atas tu baik-baik. Mesti boleh dapat semangat baru lepas ni! Nanti dah kaya, bolehlah belanja saya! hehehehe

Artikel Berkaitan

5 responses to “The Blogconomy Statistics Blogger Perlu Tahu

  1. Terbaca infografik tu sampai habis pulak. Huhu. Banyak juga fakta yang belum tau. Harap-harap kalau tak jadi kaya dengan blog ni, senang sikit pun jadi la.
    Fadhil Husin´s last blog post ..Biar Jadi Blogger Picisan Bukan Murahan

  2. Ranking pertama dapat income 2M USD lebih, jenis berita pulak tu.
    sabree hussin´s last blog post ..Masalah Blog Down Selama 48 Jam

  3. Infografik ini bisa jadi inspirasi kita untuk terus ber-blogging dan mendapatkan penghasilan darinya
    Insya Allah lancar selalu 🙂
    Rina´s last blog post ..Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge