Orang Sabah Sombong?

Ya, betul. Artikel ini tajuknya saja macam cerita dongeng tapi sebenarnya ini trick nak tahu betul ke anda betul-betul baca isi artikel atau baca tajuk saja. hihihi. Terkena tak?

Seperti yang saya kongsikan pada artikel Kota Kinabalu, Aku Datang! minggu lepas. Akhirnya kami sekeluarga selamat menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu pada 10 December 2013 dengan jayanya.

hehehehe! Alhamdulillah.

Tajuk artikel tengah malam saya ni ada ciri-ciri nak cari gaduh? Oh tidak. Ini main-main saya ok. Ternyata tekaan saya silap betul tentang orang Sabahan sebelum ini. Maaflah, sebelum ni saya ingatkan orang Sabahan garang-garang atau mungkin macam sombong sebab saya selalu tengok dekat TV kaum-kaum etnik di sana macam kasar.

Ya Allah, rupanya silap sama sekali!

6 hari saya di Kota Kinabalu. Sempat pergi ke Kundasang, Tamparuli dan ada beberapa tempat lagi yang saya dah tak ingat. (Biasalah umur kan dah menuju penuaan. hahaha!) rasanya tak ada lagi kes saya rasa menyampah atau nak marah dekat orang di sana.

Semua sangat peramah. Baik pekerja hotel, mahupun rakyat biasa.

Haih, habislah kalau dah jatuh cinta dengan orang Sabah. Nampak gaya kena kutip ilmu untuk tingkatkan sales dekat Facebook banyak-banyak kot. Kumpulm duit untuk pergi holiday ke Sabah lagi!

Ada orang “request” letak gambar-gambar pergi Sabah tapi malangnya gambar masih dalam camera. Belum transfer lagi dan biasalah penyakit malas ni mana boleh bertolak ansur sangat. Tunggu mood rajin meluap-luap ok. Sementara ni, siapa yang nak kahwin dah? Meh lah beli Al-Quran cantik-cantik. Bye

Artikel Berkaitan

2 responses to “Orang Sabah Sombong?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge