Mari Sebarkan Tentang Projek Iqra’

Terima kasih pada teman blogger doulnut.com kerana warwarkan tentang Projek Iqra’ ini diblog peribadi beliau. Bagus kalau sebarkan benda bermanfaat macam ini. Lagi berfaedah berbanding sungguh-sungguh sebarkan tentang hal bulan madu artis.

Alamak, terbuat dosa kering. Ampun. Ok, sambung tentang Projek Iqra’ ini ya. Secara ringkasnya, projek ini adalah satu usaha untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan dan juga membela anak-anak yatim di Malaysia ni. Projek ini dikelolakan oleh 3 orang sabahat dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Wah, sama Universiti kita!

3 sahabat ini punya minat yang sama. Mereka memang sering terlibat dengan banyak projek amal di seluruh negara. Mungkin dengan minat yang sama inilah, mereka terpanggil nak bangunkan Projek Iqra’ ni pulak. Paling best, projek ini bukan “underground” ok, malah mereka dah daftarkan pun dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (nombor pendaftaran PPM-006-14-25012013).

Jadi, tak payahlah ragu-ragu lagi kan? Mereka pun dah ada senarai projek amal yang mereka dah buat atau sertai. Boleh baca di bawah ni:-

Laporan Projek Yang Telah Selesai:

TAHUN 2013

Laporan Projek: Bengkel Bijak Belajar Darul Kifayah
Laporan Projek: Program Pendidikan Rakyat – Baitul Ehsan

Assessment Test
TAHUN 2012

Laporan Acara: Shopping Raya 2012
Laporan Acara: Pemeriksaan Kesihatan
Laporan Program Chef Muda Projek Iqra’: Episod 1
Laporan Program Chef Muda Projek Iqra’: Video Chef Muda
Laporan Program Chef Muda Projek Iqra: FOTO
Laporan Projek: Penajaan Journey2Jannah

credit: PROJEK IQRA’

Ok, sekarang ni kalau ada yang tanya macam mana nak turut serta dengan Projek Iqra’ ni, mari saya ajarkan (ya, ayat kau memang poyo setiap masa.hihihi). Senang je. Mula-mula anda daftarlah nama ada sebagai sukarelawan dekat link ini.

Apa yang anda akan dapat kalau sertai Projek Iqra’ ini? PAHALA! hehehehe. Ok, ini kerja Allah. Bawah ini pulak faedah yang anda akan dapat kalau join projek hebat ini.

  • Beramal secara online dengan menyebarkan informasi program Projek Iqra’
  • Mendapat informasi program lebih awal sebelum pelancaran secara rasmi
  • Mendapat jemputan menyertai program sebelum ia dibuka kepada orang ramai
  • URL blog anda dan mana-mana post berkenaan Projek Iqra’ akan dipaparkan di laman web dan Facebook Projek Iqra’
  • Mendapat sticker kereta edisi khas Projek Iqra’

Ok dah. Banyak dah faedah yang akan ada dapat kalau sama-sama daftar sebagai sukarelawan Projek Iqra’. Kalau tak nak join pun tak apa tapi boleh je kalau ringankan tulang untuk sebarkan informasi ini kan? Boleh? Terima kasih. Jasamu akan dikenang dan moga dapat imbalan setimpal dari Allah. Amin

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

3 responses to “Mari Sebarkan Tentang Projek Iqra’

  1. mudahan semua peserta Projek Iqra’ ini mendapat keberkatannya dan ramai yang akan dapat manfaatnya.
    Denaihati´s last blog post ..WordPress Master Class dan Insentif bulanan

  2. terima kasih atas sokongan 🙂
    Projek Iqra’´s last blog post ..Belanja Kami RM5 Boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge