Kenapa Orang Melayu Tidak Ikut Cara Orang Cina Berniaga?

Mungkin agak sensitif bila baca tajuk di atas tapi jangan risau, saya akan cuba menaip dengan cara paling beradab. Cara Orang Cina Berniaga banyak bezanya dengan cara orang melayu, kalau anda perasanlah.

Setuju tak kalau saya katakan CARA ORANG CINA BERNIAGA yang berkonsepkan “tidak makan seorang” yang membuatkan perniagaan mereka agak maju jauh kehadapan dengan bangsa melayu? Kalau setuju, mungkin kita sekepalalah tu. hahaha! Ok, kenapa saya katakan macam tu?

Cuba ingat balik dengan kepala anda sekarang. Pernah tak anda dalam situasi macam ini. Anda ke kedai Ah Seng (bukan nama sebenar), dan anda pun bertanya pada Ah Seng

Anda: Ah Seng, awak ada tak jual plastik sampah warna warni? (sebenarnya nak promote page warna warni ini. Tolong klik. Terima kasih)

Ah Seng: Taraklah amoi. Lu pigi kedai sebelah. Dia ada jual maa

Pernah anda berada dalam situasi ni? Rasanya mesti ada kan? Ah Seng sikit pun tidak kisah beritahu pada kita yang kedai sebelah ada jual produk yang kita tengah cari tu walhal dia bukan dapat apa-apa pun keuntungan kalau dilihat dari mata kasar.

Ah Seng bahkan boleh tunjukkan kita kedai yang dia sebutkan itu. Siapkan kenalkan pada penjual tu sendiri. Hebat bukan caraa orang cina berniaga? Ada gaya perniagaan Rasulullah? Hmm.

Mata kasar, mungkin Ah Seng tidak dapat apa-apa keuntungan tetapi, kalau ditanya pada saya semula tentang Ah Seng saya akan jawab “saya tertarik dengan sifat baik hati beliau dan saya akan ke kedai Ah Seng untuk beli barangan lain pulak”.

Ya, betul. Ada ciri-ciri Islamik bila kita kaji betul-betul Cara Orang Cina Berniaga sebenarnya yang boleh buat kita jatuh hati nak datang lagi. Dengan layanan yang baik, hati pelanggan mana yang tidak tertarik. kan? Hebat Ah Seng! hahahaha!

Berbeza dengan orang Melayu. Mungkin bukan semua tapi dalam artikel ini saya cuma mahu anda berfikiran sedikit terbukalah ok. Kadang-kadang sedih juga tengok bangsa sendiri yang “busuk hati” dengan bangsa sendiri bila bab duit. Entahlah, jarang sangat saya nak jumpa “Ah Seng Melayu” macam dalam situasi di atas. Jarang! Padahal, cara Ah Seng tu adalah salah 1 cara nak seru rezeki lebih banyak lagi ok

Pendapat anda bagaimana? Agak-agak kenapa orang Melayu Tak nak ikut Cara Orang Cina Berniaga? Sedangkan jelas-jelas memang sekarang ni bangsa mereka yang terajui bidang perniagaan yang asal-asalnya orang Muslim yang hebat?

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Kenapa Orang Melayu Tidak Ikut Cara Orang Cina Berniaga?

  1. kalau bab nasi putih , kedai cina yang halal akan bagi nasi putih sebanyak yang kita boleh makan dengan satu harga , err kedai melayu nasi putih pun nak berkira hohoho
    onlajer´s last blog post ..Kerajaan Kempen Anti Rokok Mu Gagal

  2. Emmm.. pandangan saya, orang Melayu kalau bab duit memang suka makan sorang2. Dah banyak sangat saya tengok kejadian macam ni. Sebelah-sebelah berniaga makanan pun nak dengki-dengki jugak. Tapi kalau bab menunjuk-nunjuk kemewahan, orang Melayu adalah juara. dua sen sayalah. 😀
    Fadhil Husin´s last blog post ..Rezeki Tak Dijangka

  3. Saya rasa itu bukan masalah Melayu atau Cina, itu masalah hati manusia yang busuk dan tertutup minda yang ada saja samada pada Melayu atau Cina. Saya kenal ramai melayu yang macam Ah Seng dan saya kenal ramai juga Cina yang tak buat macam Ah Seng….Wallahu’alam
    Mohd Shubhi´s last blog post ..100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar

  4. salam, sebenarnya bukan semua peniaga melayu yang “makan seorang” tapi kebanyakannya “YE”. Pada pendapat saya, Melayu punya sistem perniagaan lebih berkonsepkan hasad dengki dan pentingkan diri sendiri. Seperti yang berlaku pada sesetengah peniaga melayu hari ini, mereka susah untuk berkongsi perniagaan mereka dengan orang lain bukan kerana tamak tapi kerana orang melayu mengamalkan persaingan berasaskan hasad dengki. Tak boleh tengok orang lain berniaga, dia pun nak berniaga walhal nawaitu perniagaannya bukan untuk mengaut keuntungan tapi untuk menjatuhkan perniagaan orang lain. Itulah yang berlaku pada hari ini.
    Suheilfazri Suhaimi´s last blog post ..Duit Mudah !

  5. Orang2 China memang sangat pandai dalam berniaga, di Indonesia pun mereka ni juga sangat sukses
    Rina´s last blog post ..List Of CSS & jQuery Animation Effect Website For Design Inspiration

  6. Orang melayu memang dengki kalau sebut bab niaga ni,ya itu aku setuju
    Pernah try tanya2 orang di satu kawasan ni kalau2 aku boleh berniaga di situ
    Aku belum start berniaga lagi kat situ dia dah bagi macam2 alasan yang membuatkan aku akan rasa resah bila berniaga di situ
    Dan akhirnya aku tak jadi berniaga di situ.
    Tapi aku tgk dia berniaga kat situ bukan main rancak lagi.
    Takpe..Biarkan dia –

  7. betul. org cina berniaga saling tolong2 antara mereka.
    orang kita berniaga, sibuk nak menjatuhkan saja.

    even ada yang berniaga produk muslim atau makanan sunnah, pun masih sibuk mencari silap dan memburukkan produk orang lain.
    Marsyithah´s last blog post ..Ready Stock Produk Shaklee. Sedia COD dan Pos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge