Tak Dosa Pun Puasa 9 Muharram

Puak Wahabi yang melata dekat dunia ni kalau dapat pupuskan cepat sikit pun bagus sebenarnya. Macam-macam fatwa mereka buat. Kononnya tak perlu nak puasa 9 Muharram sebab Nabi Muhammad tak buat pun dulu padahal mereka malas.

Sama macam kes nak kena baca ke tak doa awal dan akhir tahun awal muharram hari tu. Mereka cakap Nabi tak buat, jadi kenapa nak kena buat. Saya dengar ceramah seorang ustaz, dia cakap tujuan untuk kita buat majlis doa tu sebenarnya untuk “hidupkan” malam Tahun Baru Islam. Salah satu usaha untuk kita tunjukkan pada orang yang kita ni orang Islam, ikut kalendar Islam dan bukannya sambut 1 Januari sebab itu kalendar bukan Islam. Itu je pun. Salah ke?

Amboi kemain karang artikel macam tak takut kena bambu dengan puak Wahabi. hahaha! Alah, masalahnya kalau tak ada yang berani timbulkan isu macam ini sampai bilalah puak mereka tu sedap menghasut. Silap-silap pembaca blog saya pun ada berfahaman Wahabi tapi biarlah wahabi, asalkan jangan Syiah!

Berbalik pada tajuk saya di atas. Apa yang ramai sangat terpercaya sangat dengan nafsu pemalas puak Wahabi ya? Faham tak, puak Wahabi ni mereka bukannya melawan ajaran Islam tetapi mereka nak mudah. Semua amalan yang nampak macam “berat”, mereka akan cakap tak perlu buat sebab Islam itu mudah dan Allah tak suka bebankan HambaNya.

Itu cara puak wahabi. Dalam kes puasa sunat 10 Muharram nampaknya mereka ok. Cuma, mereka tak berapa nak setuju bab puasa 9 Muharram. Dosa ke kalau kena puasa? Rasanya tak dosa kan? Jangan diikutkan sangat puak wahabi termasuk ustaz-ustaz dekat TV tu. Ramai yang Wahabi. Hati-hatilah

PERISTIWA YG PERNAH BERLAKU PADA 10 MUHARRAM


1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan ‘Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid

Atas ini adalah antara peristiwa yang pernah berlaku pada 10 Muharram dan kita disunatkan untuk berpuasa sebagai memperingatinya. Terpulanglah nak puasa sehari sahaja atau nak puasa 9 dan 10 Muharram. Tak dosa pun kalau puasa lebih. Kalau tak berpuasa pun tak dosa. hehehe!

p/s: Sempena sambutan 10 Muharram, ada OFFER istimewa jualan Al-Quran Pelangi Madina. Sila LIKE dan buat tempahan di https://www.facebook.com/AlQuranPelangiMurah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

13 responses to “Tak Dosa Pun Puasa 9 Muharram

  1. yang baik kita ikut..yang tak tak baik kita tinggalkan…
    semudah itu sahaja…
    mencari perbezaan hanya akan memisahkan kita semua…
    maka carilah persamaan…

    p/s: dah kenapa ada error kat bawah ni? Error. Parsing JSON Request failed.

    • betul, tapi tak boleh juga kalau dibiarkan je. tanggungjawab kita untuk menegur tapi kalau dah tak nak dengar, kita abaikan je.hehehe

      p/s: error ni dah berbulan try nak betulkan tapi tak jumpa lagi

  2. Ibn ‘Abbas (May Allah be pleased with them) reported:
    The Messenger of Allah said, “If I remain alive till the next year, I shall also observe fast on the ninth of Muharram.”

    [Muslim].

  3. Saya setuju dengan pendapat Liza. Wahabi ni habis semua benda nak dibid’ahkan. Dulu elok2 malam Jumaat ramai orang datang surau baca Yasin, sudahnya sekarang surau2 dah mula kosong angkara kenyataan baca Yasin malam Jumaat ni bid’ah, Nabi tak buat. Adohai.

    • alasan mereka tu sebenarnya untuk kepentingan diri mereka sendiri. MALAS. bahaya jugaklah sebab ramai pendakwah keluar tv tu wahabi. siapa yang silap, huhuhuhuhu…..

  4. Tggu artikel sy jam 12 mlm nnt. Bidas artikel ni. hehehe

  5. puasa merupakan bagian menahan diri utnuk lebih baik,

  6. Terimakasih penjelasannya kak, menambah wawasan saya.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge