Tahyul Kisah Di Villa Nabila (Gambar)

Kalau ada yang masih tak tahu kes Tahyul Kisah Di Villa Nabila yang tengah heboh dari Subuh tadi, bolehlah rajinkan diri dulu pergi baca suratkhabar atau tengok je timeline Twitter. Kalau tidak, memang anda akan lost.

Tapi, sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu sangat hal ini. Betul ke ada 27 orang remaja yang masuk dalam Villa Nabila dan ada yang hilang? Ke sebenarnya ada seorang saja remaja yang hilang? Wallahualam, malas nak percaya khabar angin.

Cukuplah minggu lepas ada yang cakap berita yang kononnya mulai tahun depan, hari cuti mingguan negeri Johor akan ditukarkan kepada hari Jumaat dan Sabtu, tidak lagi Sabtu dan Ahad. Saya tak tahu kesahihannya lagi sebab ada teman yang kata, itu kerja orang gila mana entah pergi hantar SMS palsu. Sama tahyul macam KISAH DI VILLA NABILA juga ke?

Pasal “kisah di villa nabila” ni, sebenarnya memang dari saya sekolah dah kecoh. Tahulah ada 1 villa yang berhantu dekat Johor Bahru ni tapi tak pernah pulak nak kaji selidik macam nak rak. Ada kawan yang gagah betul pergi cari maklumat dekat Internet.

Habis semua blog-blog gambar berhantu dia baca. Nak tahu kisah villa ini punya pasal. Tapi, sudahnya diri sendiri merana sebab tak boleh tidur lena, asyik terbayang-bayang. Saya sendiri pernah kena. Tertengok gambar villa nabila ni, malamnya mimpi bukan-bukan!

Ah, perlu ke sebenarya nak ambil tahu kisah ni hah? Macam tak nak, tapi nanti orang gelakkan saya sebab duduk je dekat Johor Bahru tapi tak tahu apa-apa. hahahahahaha!! Mungkin KISAH DI VILLA NABILA ni tahyul, mungkin betul jugak sebab dalam dunia ni memang wujud benda-benda halus (taip sambil turunkan bulu-bulu roma di tangan.hahahahaha). Ada sesiapa yang betul-betul tahu ke pasal villa misteri ni?

Artikel Berkaitan

14 responses to “Tahyul Kisah Di Villa Nabila (Gambar)

  1. dah name pon tempat x berpenghuni…
    so ada la yang lain menghuni kat situ…
    memang btol ade benda supernatural kat sana..
    dan ade jugak mat-mat gian dok wat port kat sana..
    abgDude´s last blog post ..#Kata-kata : Chatime Promotion

  2. Tidak berpenghuni memang spot baik untuk entiti.
    akubiomed´s last blog post ..Adventure air terjun Santuari ikan Sungai Chiling

  3. stoberycoklat

    orang kata kalau tetiba bebulu meremang tu mmg sah la ada benda halusss.. hahahha..
    biasalah tempat lama kena tinggal kan.. ade benda lain nk tumpang tinggal situ. huuu

  4. Assalamualaikum salam perkenalan

    Lepas ni ada company filem buat Filem Villa Nabila tu kan?

  5. macam kisah yang di tambah2 ja.. hehe..
    muktasim´s last blog post ..Fotografi perkahwinan murah 2014

  6. Kalau tempat ni dekat dengan dengan rumah saya, nak juga check it out
    sabree hussin´s last blog post ..Peluang Baik! Pilih Bisnes MLM Atau Sistem Jualan PRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge