Pengajaran Disebalik Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Rasa terpukul sebenarnya bila berkali-kali menonton video beliau, Ahmad Ammar. Rasanya terlalu banyak Pengajaran Disebalik Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam yang boleh kita ambil.

Duduk, dan fikir sejenak.

Berapakah usia kita saat ini? Bagaimanakah kita habiskan masa yang Allah berikan selama 24 jam sehari? Beribadatkan atau buang masa di laman-laman sosial? Saya malas nak tanya anda, lebih baiklah tanya diri sendiri. kan?

Adik Ammar Ahmad baru berusia 20 tahun kalau tidak silap saya. Tapi, pemergian Ahmad Ammar ini sumpah buat ramai jiwa-jiwa yang normal tersentuh. Kalau ditanya pada saya, saya rasa terpukul. Malu, senang cerita. Dalam usia beliau yang begitu muda, beliau sudah faham dan tahu tujuan hidup dengan jelas.

mencari radha Allah.

DiSEBALIK PEMERGIAN AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini, sepatutnya kita ambil sebanyak mungkin semangat beliau dalam memperjuangkan Tamadun Islam. Rasa macam lepas ni nak belajar dan kaji sejarah Tamadun Turki betul-betul pulak.

Jujur cakap, sebelum saya menjejakkan kaki ke Istanbul 2 tahun lepas, saya tidak pernah jangka yang Turki tu adalah 1 negara yang kaya dengan Tamadun Islam. Hebat sangat sebenarnya. Tidak puas berjalan di Istanbul dengan jumlah 5 hari 4 malam tu tapi sebab perlu bergegas ke Mekah untuk mengerjakan Umrah pula, kami terpaksa juga tinggalkan Istanbul.

Video Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Lepas 4 kali saya menonton video Ahmad Ammar Ahmad Azam Dalam Kenangan di Youtube, saya terus teringatkan keadaan di Turki. Saya pernah lalu di hadapan Universiti tempat beliau menuntut ilmu tu. Universitinya kecil saja tapi saya percaya kecil tapi penuh ilmu!

Rasanya lepas ni macam dah tak nak buat perkara lagha. Nak juga contohi Adik Ahmad Ammar yang banyak buat kerja-kerja kebajikan tapi bukanlah impiannya nak dijulang nama sama macam beliau. Tidak sampai ke situ dan lagipun, saya percaya itu semua rezeki Allah beri pada HambaNya yang terpilih.

Terima kasih pada pihak yang hasilkan video khas pemergian Ahmad Ammar untuk tatapan kita semua.  Rasanya, ramai lagi di luar sana yang sudah dapat pengajaran disebalik pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Kalau tidak banyak, saya pasti ada sedikit impaknya. Kan?

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

6 responses to “Pengajaran Disebalik Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam

  1. even masih muda tapi terkesan jugak tgok nie huhu
    Khairul Zamri´s last blog post ..Solat Sunat Taubat

  2. Rasan insaf dalam diri aku bila dengar cerita Disebalik Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam,betapa mudanya usia beliau mati syahid….:D
    ishak´s last blog post ..(Al-fatihah )Mariam bte Hj Tahir Dalam Kenangan (1948-2009)

  3. Mungkin arwah Ammar – Wali Allah. 🙂
    Asyrof Asri´s last blog post ..Ahmad Ammar Dalam Kenangan

  4. Mudah-mudah bisa menjadi contoh yang baik untuk kita semua.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge