Kota Kinabalu, Aku Datang!

Letak gambar memang tak pernah nak kalah. Gambar di atas adalah bukan hak milik saya tetapi hak milik Google. Tapi cantikkan pulau dekat Sabah ni rupanya. Artikel ini ada berbaur nak bagi jeles pada mereka yang tak dapat pergi bercuti. Sila tabahkan hati.

Cuti-cuti Malaysia datang lagi. Asyik bercuti luar negara je. Boring juga. Kota London, Istanbul, Mekah, Madinah, Brunei, Lancaster, Scotland semua dah pergi tapi Kota Kinabalu yang sekangkang kera memang tak boleh sampai (hambar lawak kau) ni tak jejak-jejak pun lagi. Tolonglah insaf!

Oleh kerana dah insaf, jadi marilah kita bercuti ke Kota Kinabalu bulan depan!!!!

Tapi ke mana destinasi sebenar? Nak tinggal dekat hotel mana tu biarlah jadi rahsia lagi ya. Hilanglah privasi kalau semua dah kongsi dengan pembaca sekali nafas je kan? Bawak bertenang dan nantikan kemaskini selanjutnya nanti lepas pulang daripada bercuti.

Sekarang, saya ada misi yang lebih penting iaitu rasa macam nak melaram lebih sikitlah nanti masa dekat Kota Kinabalu tu nanti. Mana tahu jumpa dengan pelancong mat saleh ke. hahahahaha!!! Ingat nak belilah kot sikit baju-baju yang warna macam merah mak ngah sikit ke. Boring juga asyik pakai baju yang sama je.

Nak bercuti kot. Kenalah havoc sikit. Muka tak cantik tak apa, asalkan kena confident. kahkahkah!

Lepas tu, nanti dekat Kota Kinabalu tu saya rasa macam sejuk je kot. Yelah, kan dekat dengan Gunung Kinabalu kan? (imaginasi sangat kau ni).  Jadi, mungkin saya akan bawa baju sejuk yang saya dah melaram dekat Istanbul tahun lepas. Jimatlah sikit.

Jimat pun bersebab. Jimat tak beli baju yang tebal berbulu, tapi saya nak buat sumbangan ikhlas dekat Zalora Malaysia. Rancangnya nak beli 2 benda je dekat situ, nak beli kasut dengan purse. Hari tu tengok gambar sekali lalu je, macam cantik. Tak apa ada masa lagi nak shopping!

Baju sejuk konon-konon nak daki Gunung Kinabalu, kasut dan purse. Lagi apa ek? Oh, saya ingat nak borong shawl barulah. Walaupun dekat rumah dah ada 10 rak (jelas-jelas reka cerita tipu kan?) shawl, tapi kalau nak bercuti naik belon mestilah ada shawl baru kan? barulah kena tiup angin best sikit kan? Ok, nak beli shawl baru!

Amboi, kemain nak beli itu ini. Nasib baik duit program Affiliate dah masuk. hehehehe! Bolehlah shopping sikit barang keperluan tak penting tapi kalau tak beli nanti bimbang saya tak tidur lena. Kena belilah jawabnya. hahahaha!!! Tak sabarnya nak bercuti!!!

Artikel Berkaitan

11 responses to “Kota Kinabalu, Aku Datang!

  1. Waah.. Seronoknya pergi bercuti. hehe. Anyway, selamat bercuti la ye and berhati-hati di tempat orang.

  2. saya sempat pergi kaki kinabalu jer..x berpeluang lagi nak naik puncak kinabalu..tapi kat sana memang best..sejuk…

  3. selamat pergi dan balik 🙂 have a good trip..

  4. wau,kena jumpa blogger mus kalau pergi kinabalu tue..huhuhu

  5. Mbak Liza apa sudah ke Kinabalu atau malah sudah pulang ?? Selamat bercuti ke Kinabalu, ntar jangan lupa share perjalanan di sana ya mbak 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Create Page View Hit Counter Code Using PHP Script

  6. Berharap ada rizki lah, sehingga bisa juga pergi ke kinabalu.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

  7. semoga 2015 dapat ke sabah dengan family..my wishlist..
    idah gdah´s last blog post ..7 makanan dan minuman yang perlu di jauhi oleh ibu mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge