Ke Mana Perginya Blogger Wanita Yang Lain?

Tajuk macam nak tunjuk yang dia seorang je blogger wanita dekat Malaysia ni yang masih wujud. kahkahkah! Alah, sesekali perasan apa salahnya. Kan? Ok, sudah boleh kembali pada realiti sebenar.

Berbalik pada tajuk di atas. “KE MANA PERGINYA BLOGGER WANITA YANG LAIN?”. Kalau anda adalah salah seorang blogger yang sudah berkecimpung dengan dunia blogging ini dalam tempoh masa 4-5tahun, mesti anda perasan yang sekarang ni tak ramai dah blogger wanita yang masih aktif berblog.

Betul tak?

Kalau dulu, rasanya ramai lagi kawan-kawan blogger wanita yang aktif gila-gilalah tahap kemaskini blog selang sejam. Ok, ini tipu. Selang sehari. Tapi, sekarang sudah kurang termasuklah yang sedang menaip artikel ke mana perginya blogger wanita yang lain ini. Ya, termasuk beliau.

Beliau pun sama pemalas. hehehehe

Kalau blogger wanita lain, saya kurang pasti kenapa mereka sudah tidak berapa aktif berblog tapi kalau tanya soalah ini pada saya, jawapannya ialah saya tengah seronok dan syok kira duit hasil jualan meletup dengan Facebook.

Kalau blogger lain, agaknya apa alasan mereka ya? Mungkin mereka khayal dengan dunia Twitter yang semakin membosankan pada pendapat saya. Mungkin juga, mereka dah ramai berkahwin dan ada tanggungjawab yang lebih penting daripada gigih menaip artikel diblog yang tak pernah beri mereka income walau sesen (kalau nak income dengan blog, belajar daripada artikel manusia angkuh di sini).

Tapi, kalau tak dapat-dapat juga income…janganlah mogok! Usaha tangga kejayaan ok!

Hai lah kawan-kawan blogger wanita yang sama cantik dan sama manis (tak salah puji diri sendiri.hahahaha!), ke mana anda semua? Marilah pulang ke pangkal jalan semula. Bye. Eeeee tak sabarnya nak pergi Kota Kinabalu!!!

Artikel Berkaitan

19 responses to “Ke Mana Perginya Blogger Wanita Yang Lain?

  1. Betuiii hehe. Sume dah bw haluan masing² nampaknya 🙂 . tp yg wanita, ramai mcm dah cuci tgn blogging je 😛

  2. ada je blogger wanita sekarang ni, kalo senyap tu maknanya kahwin le tu tak pun tengah bersalin.haha

  3. hai saya masih lagi aktif hehee jarang nampak cik liza sekarang :p

  4. bila dah kahwin, suami tak bagi blogging kot?

  5. malas dah… sume blogger sekarang bising nak buat duit je. aku pun jadi x de mood dah sebab tak tergolong dgn org2 yg buat duit… hukhuk

    • lah, sepatutnya kau kena fikir positif dan ikut jejak langkah orang yang nak berjaya. hehehe! kalau orang fokus nak dapat duit RM1000, kau pulak fokus nak duit RM4000 sebulan macam tu. ada duit, baru boleh sedekah buat amal jariah sikit. hihi

  6. Lizz nih yang makin lama semakin hendak ‘menghilang’…
    maklumlah… org dah untung banyak… huhu~
    buat masa nih, saya masih lagi aktif… blogger wanita lain, yup… ramai yg dah berkahwin. baru-baru nih, saya lihat cik tom pun nak mula aktif blogging semula. yang lain-lain, ada ramai juga… tapi mereka aktif under blogspot…

  7. saya kat sini je,,, hehe

  8. Blogger perempuan ramai juga yang ada lagi – tapi nak kekal update tu may be ramai yang tak… Apa-apapun masing-masing ada tugas abadi…

  9. Kalau blogger wanita yang hanya sekedar sharing dan tidak mencari pendapatan sepenuhnya di dunia blogging kemungkinan besar mereka hanya mengikuti trend yang ada kala itu soalnya teman2 saya dulu juga banyak yang blogging rame2, yang satu punya blog yang lain ikutan buat namun lamanya waktu mereka berhenti dengan berbagai alasan dan bisa jadi bosan …
    Rina´s last blog post ..Best Websites For Finding Free Vector Art & Graphic Images

  10. Adakalanya seorang blogger ada masa merasa tidak ada mood untuk menulis sehingga sementara berhenti update blog mereka.
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge