Jangan Terpedaya Dengan Testimonial Palsu Penjual Ebook!

Orang beli Ebook, dia pun sibuk nak beli. Sebenarnya tak salah, malah adalah sangat dituntut kalau betul anda serious nak jana pendapatan sampingan dengan blog. Cuma, janganlah terpedaya sangat dengan testimonial palsu penjual ebook yang ada sekarang ni.

Kalau anda baru lagi dalam dunia blogging ni, memang anda akan sangat terujalah bila ternampak screenshot penjual ebook dengan testimonial pelanggan mereka kononnya. Nasihat saya, jangan terus percaya. Nak percaya, boleh jugak. Suka hatilah.

Cuma, ini nasihat saya. Jangan terus percaya dengan TESTIMONIAL PALSU PENJUAL EBOOK!. Bukan semua penjual ebook yang buat macam ini tapi ada. Mereka “upah” kawan-kawan mereka untuk beri testimonial. Kononnya ebook mereka terbaik dan terberbaloi untuk dibaca. Diulangi, BUKAN SEMUA ya.

Sepanjang 6 tahun (macam nak cakap kau dah otai sebenarnya? chet) berkecimpung dalam dunia blogging dan 5 tahun secara serious (seriouslah sebab sampai sanggup laburkan duit beratus dan beli hosting dan domain terbaik dengan Serverfreak) ini, saya dah beli banyak ebook tapi hanya ada 2 ebook yang BERBALOI untuk ditatap walau tengah makan.

Yang pertama, ebook Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang dikarang sungguh-sungguh dengan sepenuh hati (siapa beli, dia akan setuju) oleh sifu saya dalam dunia Affiliate ini iaitu saudara TITAN.

Ebook ini adalah ebook pertama yang berjaya saya khatamkan dalam masa 2 jam secara fokus, diulangi secara fokus ya. Kalau anda baca main-main, sambil main game Candy Crush mungkin masa agak panjang sikit. Jangan salahkan game pulak kalau tak faham.

Malas nak review tapi kalau anda tanya saya adakah berbaloi beli ebook Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu ini, ya saya akan jawab SANGAT BERBALOI. Beli jelah. Klik sini, baca cara bayaran semua macam mana, dan mula belajar!

Ebook kedua yang saya berani suggest pada anda adalah ebook 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea. Boleh dapatkan review yang saya kongsikan di sini. Ebook ini pun saya berjaya khatamkan tak sampai 1 minggu. Lama? Kenapa tak 2 jam jugak? Oh sebab saya baca ebook ni sambil praktikkan terus apa yang penulis ajar. Memanglah lambat sikit. Tapi, ebook ini tak guna testimonial palsu ok. Sangat berbaloi.

Rasanya mesti ramai penjual ebook yang maki hamun saya lepas ini tapi maaflah. Awak dengan cara awak “menjual” dan saya dengan cara saya “membantu” pembeli yang selalu sangat kena tipu. Semoga kita semua cari rezeki yang halal lagi suci muci. hihihihi bye

Artikel Berkaitan

12 responses to “Jangan Terpedaya Dengan Testimonial Palsu Penjual Ebook!

  1. Nak beli jugak e-book En. Titan tu, tapi bajet takde lagi. Insya Allah kan beli juga.

  2. oh ada yang sangup tipu testimonial juga ya untuk kasi laku.

  3. ebok kita beli untuk belajar bukan sekadar nak…beli…

  4. bagus yip diatas tq kerana share dengan pembaca …

  5. Tengok jugak la sape yang buat ebook tu, kalau orang yang tak kenal sangat tu… kena jaga-jaga. Banyak dah scammer sekarang ni, taunya nak duit segera dan senang je

  6. aku penrah beli buku sbenar yang ditulis oleh oleh seorang blogger yang mengaku sebagai internet marketer profesional,tapi tertipu..,tapi ebook memang tak pernah beli…huu

    kenapa comment luv lizz nampak error jer heh ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge