4 Tips Untuk Layak Jadi UNIQUE Blogger

Apakah syarat untuk menjadikan anda seorang blogger yang unik? Tidak sama dengan blogger yang itu, mahupun yang ini. Artikel ini akan berkongsi pada pembaca blog cap ayam ini tentang tips untuk layak jadi unique blogger di Malaysia. Baca betul-betul.

Kenapa saya cuma tekankan Unique Blogger di Malaysia? Sebabnya adalah cukup mudah. Untuk tidak mengajar anda bermimpi terlalu jauh. hehehehe

Jadi, apakah TIPS LAYAK JADI UNIQUE BLOGGER di Malaysia? Perlu make-up pakai produk mahal-mahal, lepas tu melaram fesyen hijasbista terkini lilit-lilit, ambil gambar kemudian jadikan header besar-besar dekat blog ke? Boleh juga kalau nak buat, tapi saya tak minatlah cara ini. Maaf cakap, macam menjual diri.

Saya lebih suka cara professional untuk menjadikan diri saya atau dalam bahasa kamus yang boleh menampakkan saya macam cerdik sikit (eceh kau!), menggelarkan diri saya seorang UNIQUE BLOGGER. Cuma, mungkin belum sampai masanya. Jadi, saya masih belum sampai ke tahap layak dikenali sebagai unique blogger in Malaysia. Soon, InsyaAllah.

4 Tips Untuk Layak Jadi UNIQUE Blogger

BE YOURSELF

Penting. Sangat penting. Jangan sibuk-sibuk nak tiru gaya penulisan Hanis Zalikha yang cantik da boom tu. Beliau ada gaya penulisan beliau sendiri sebab itu Hanis mudah dikenali dalam dunia blogging ini (sebab cantik pun ya juga. Ini bonus).

Pastikan anda jadi diri sendiri. Kalau watak anda adalah seorang yang pelawak di luar, selitkan gaya lawak anda itu di dalam penulisan blog anda. Tapi, berpada-pada. Jaga etika masa menulis.

BE INFORMATIVE

Rakyat Malaysia ni sebenarnya boleh tahan banyak cekadak dan agak malas sikit. hahahaha! Mereka suka dan mudah jatuh cinta dengan orang yang boleh beri mereka informasi kalau boleh dari A to Z. Kalau boleh, hasilkan artikel anda tu biarlah artikel yang memberi faedah pada pembaca. Contoh, kalau anda ada ilmu pernah merasa dapat income beriban-riban guna Facebook,  ajar dan berikan informasi pada pembaca blog anda ilmu itu. Tak banyak, tapi sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang mereka dapat. Barulah pembaca anda ternanti-nanti artikel informative anda!

BE CREATIVE

Orang kata, kalau menulis dengan tangan kiri orang itu biasanya lebih creative berbanding orang yang menulis guna tangan kanan. Tahyul apakah? Tapi, tahyul yang macam munasabah, kita guna jelah. Itu 1 tangan, kita ni sebagai blogger biasanya akan menaip guna 2 tangan! Maksudnya, kita sepatutnya lebih creative!

Macam mana nak jadi creative?

Buatlah apa-apapun. Asalkan blog anda tu akan jadi lain daripada yang lain. Maksudnya, pembaca dekat Malaysia cuma akan dapat kalau mereka buka blog anda saja! Fikirkan sendiri. Mana boleh ajar semua. hihihihi

BE HELPFUL

Jangan kedekut ilmu, jangan kedekut tenaga untuk tolong orang dan jangan kedekut idea (tapi, jangan dermawan idea sangat. ala kadar). Ini adalah sangat penting kalau anda mahu jadi seorang yang unik, tak kiralah apa jua keadaan pun. Tapi, untuk artikel ini saya bawa contoh untuk jadi seorang blogger yang unique ya.

Kalau ada kawan-kawan yang bertanya tentang hal blog, dan anda sememangnya tahu. Apalah salahnya kalau membantu. Biasanya jadi orang yang lapang dada bila ada orang minta tolong. Macam saya, walaupun tidaklah pandai mana dalam hal hosting dan domain tapi dengan pengalaman 5 tahun dengan Serverfreak, saya berbesar hati kalau ada yang email saya tanya hal bagaimana nak register domain atau apa saja yang berkaitan.

Tak luaklah ilmu. InsyaAllah.

Sebenarnya banyak lagi tips untuk anda ikut sebagai syarat jadi unique blogger tapi disebabkan saya tidak rajin sangat (hahaha) hari ini, cukuplah kan 4 tips sahaja yang kita kongsikan. Yang lain mungkin anda tidak perlu tunggu saya berikan tetapi anda boleh fikirkan sendiri. Semoga berjaya!

Artikel Berkaitan

24 responses to “4 Tips Untuk Layak Jadi UNIQUE Blogger

  1. Baik cik liza.. saya pun blogger cap unta.. heeee
    nurmisnan´s last blog post ..Myra Bracelet setanding jenama antarabangsa

  2. Kena banyak kongsi info programming ni.. Untuk jadi blogger yang lebih informative. 😛
    paan´s last blog post ..15 Business Models to copy

  3. Mana yang tahu boleh bantu kawan-kawan yang masih lagi tak tahu. Kalau tahu banyak benda, kena simpan sikit, and tak digalakkan untuk dedahkan semua sekali hhe

    By the way, saya menulis guna kedua-dua tangan kanan and kiri 🙂
    So ada potensi untuk jadi seorang yang kreatif la kan hhhe
    sabree hussin´s last blog post ..Review Sistem Jualan PRO

  4. saya rase saya seorang blogger yang unik. pfft. :v
    Ren Oh´s last blog post ..Me and the gas mask.

  5. eh, patut 5 tips nih… kurang lagi 1 tips.. huhu~
    Akuro San´s last blog post ..Amaran Buat Si Plagiat !

  6. terbaik…. perkongsian dan matlamat ni 🙂

  7. satu artikel yang menarik…
    akan digunapakai..
    🙂
    OH Ping Blog´s last blog post ..TONY PULIS PENGURUS BARU CRYSTAL PALACE GANTI IAN HOLLOWAY

  8. Betul!

    4 tips diatas sangat penting untuk jadi blogger yang unik.

    Mungkin Be Yourself & Be Creative tu ramai blogger ada tapi yang dua lagi tu sedikit sangat. 🙂
    Asyrof Asri´s last blog post ..Blogger, I’m back …

  9. Entry yang informative. Thanks ! 🙂
    Zayani Zulkiffli´s last blog post ..Segmen Blog Review By Zayani Zulkiffli

  10. Tips yang sangat berguna.. tapi, kalau diri da malas pun payah juga… hehehe… lately nih mmg sgt2 malas nak update blog.. In Sha Allah! akan cuba untuk merajinkan diri….
    RinnAzrinah´s last blog post ..Salam Ramadhan

  11. Menjadi blogger yang unik dan berciri khas itu sangat penting, ini bisa memudahkan kita untuk dikenali oleh pembaca dan blogger2 lain..
    Trims buat tips2nya, sangat bermanfaat ni mbak 🙂
    Rina´s last blog post ..Tutorial : About SQL Injection And How To Fix

  12. BE YOURSELF… susah jugak nk create identiti sendiri….
    Manan Qayyim´s last blog post ..Aku Seorang Kuli

  13. ye betull…kadng2 org takut dan segan nk be yourself…nice sharing TT 🙂
    Zufar´s last blog post ..Panduan Bercuti ke Tempat Menarik Di Terengganu

  14. bagus tip ni semua cik liza, semoga semua sahabat blogger ada keunikkannya terendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge