Tarikh Hari Raya Haji 2013 Sehari Selepas Ulangtahun Kelahiran

Tarikh Hari Raya Haji 2013 adalah pada 15 Oktober 2013, ini bermakna tarikh hari raya haji 2013 ini sehari je lepas saya sambut ulangtahun untuk tahun ini. Meriahnya rasa! Paling best sambut ulangtahun dengan puasa Arafah. Meriah berganda pastinya

14 Oktober, sambut ulangtahun kelahiran. Esoknya, sambut hari raya haji pula. Tahun ini saya dah rancang elok-elok apa yang saya nak buat sebelum sampai kedua-dua tarikh keramat ini. Memang, pada sesetengah orang hari raya haji ni macam tak ada apa-apa (maaf cakap) tapi pada saya pula, hari raya inilah yang saya paling tunggu-tunggu. Mungkin sebab angin Madinah dan Mekah yang buat saya jadi macam ni agaknya. Excited terlebih.

Oleh kerana Tarikh Hari Raya Haji 2013 kita dah tahu, jadi kita dah boleh fikir bab nak buat ibadah Qurban Aqiqah ke tidak tahun ni, nak puasa berapa hari sepanjang bulan ni dan macam-macam lagilah.

Semalam, saya dah selesaikan pembayaran untuk Tempahan Qurban Aqiqah di Kemboja. Tak banyak pun bahagian yang saya tempah tapi adalah untuk diri sendiri kiranya. Untuk keluarga, abang-abang saya yang uruskan bab tempahan. Kita kena bahagi-bahagikan. Ada yang buat di tanah air sendiri, tapi saya pula lebih selesa serahkan pihak eQurban untuk lakukan untuk saya dan agihkan daging qurban pada fakir miskin di Kemboja sana.

QURBAN AQIQAH DI KEMBOJA ONLINE

KLIK UNTUK BUAT TEMPAHAN IBADAH QURBAN DI KEMBOJA 2013

Tinggal lagi 2 hari je rasanya untuk tempahan Qurban Aqiqah di Kemboja tu. Jadi, memang saya dah selesaikan awal-awal. Lepas ni, insyaAllah bolehlah berpuasa sunat pulak menjelang hari raya haji 2013 ni. Kalau tak dapat banyak pun, dapat 2-3 hari pun kira bersyukur sangat dah ni. hehehehe!!

Untuk sambutan hari ulangtahun pulak, rasanya macam tahun-tahun sudah. Sambut ala kadar saja. Tapi, kalau ada yang nak pahala banyak, bolehlah sedekahkan kek extra untuk saya. hahaha! Yang pasti waktu tu tengah puasa. Mungkin cara terbaik untuk sambutan ulangtahun kelahiran kali ini. Beribadah.

15 Oktober pula merupakan tarikh hari raya haji. Macam biasa, mesti pergi ziarah kubur arwah ayah, kakak dan atok. Rutin tiap kali pergi tanah perkuburan memang macam tu lah. 3 kubur sekaligus kami ziarah. Dalam kocek memang ada kuih raya sebab lapar nak habiskan bacaan Yasin. hahaha!

Macam tu jelah rasanya hari raya haji kami sekeluarga nanti. Balik kubur, kami kumpul ramai-ramai dan makan lauk pauk raya sama-sama. Wajib ada lodeh!!! Anda semua macam mana pula ya? Ada tak buat qurban tahun ini? Kami dulu tak ada duit nak buat qurban tapi bila dah ada duit sikit-sikit ni Alhamdulillah tiap tahun rasa tak sedap kalau tak buat. InsyaAllah ada rezeki lebih baik Allah gantikan. Selamat berkorban ya!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

8 responses to “Tarikh Hari Raya Haji 2013 Sehari Selepas Ulangtahun Kelahiran

  1. wahhhhh dah tentu seronok kan 🙂

  2. kak, selalu memang mcm tu eh ? mcm ada budak angkat kertas kat belakang lembu tu?

    • memang biasa sebab itu kira untuk mudahkan orang yang buat ibadah qurban tu nak tengok nama dia. kalau ada nama dia masa lembu/kambing tu nak disembelih, bolehlah dia “feel” sikit nanti 🙂

  3. Semakin murah rezeki,semoga kedatangan hari raya Aidil Adha pada tahun ini membawa seribu makna

  4. Selamat UlangTahun mbak ..
    Semoga sehat selalu dan makin banyak rejekinya 🙂

  5. semoga panjang umur, barokah, murah rejeki, sehat dan sukses selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge