Sucikan Jiwa Dengan Ibadah Qurban Aqiqah

CARA TEMPAHAN QURBAN AQIQAH ONLINE MURAH DI KEMBOJA BERSAMA EQURBAN Program Qurban Aqiqah di Kemboja dah saya terangkan sebelum ini. Ini bukanlah satu program main-main, bukanlah aktiviti suka-suka. Kadang-kadang sedih juga bila ada yang buat main hal ibadah Qurban Aqiqah online ni. Walaupun online, tetapi matlamat kita tetap sama. Berlapang dadalah.

Walaupun ibadah qurban aqiqah ni memang hukumnya sunat, tetapi ia adalah sunat muakad iaitu satu ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Allah. Tapi, saya percaya bab ini kita perlukan hidayah Allah juga sebenarnya. Macam saya dulu, tak pernah tergerak hati langsung nak buat ibadah Qurban Aqiqah macam ni.

KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN QURBAN

Rasa macam Allah tutupkan hati saya untuk ambil tahu tentang keadaan fakir miskin yang tidak bernasib baik macam saya. Kita di sini hampir setiap hari makan daging tetapi lain sangat keadaannya di Kemboja sana. Tapi, dulu Allah belum bukakan pintu hati saya untuk sama-sama melakukan ibadah Qurban ni.

Alhamdulillah. sekarang dah lain. Sejak saya terdengar cerita berkenaan ibadah qurban aqiqah yang pada saya sangat memberi kesan dalam hidup saya beberapa tahun lepas, alhamdulillah sekali lagi. Sekarang memang tiap tahun ada buat qurban untuk diri sendiri dan keluarga juga. Anda boleh baca cerita tersebut di artikel Ibadah Qurban Online saya dahulu.

Kadang-kadang tak ada duit pun nak buat qurban untuk diri sendiri tapi entahlah mungkin sebab bila kita ada niat yang baik nak lakukan ibadah pada Allah, memang Allah akan permudahkan jalannya. Ada saja rezeki yang datang bergolek, dengan rezeki itulah yang saya akan gunakan untuk buat Tempahan Ibadah Qurban Aqiqah Online di Kemboja.

Sebenarnya tak berani nak ajak-ajak orang lain bab ibadah macam ni sebab percayalah, hanya orang yang melakukannya saja akan dapat rasa kesannya dalam hidup. Hati saya lebih tenang, semuanya dipermudahkan Allah,dada rasa lapang yang amatlah bila dapat melakukan ibadah Qurban Aqiqah tiap tahu walaupun tak banyak yang saya buat tapi itu saja kemampuan setakat ini. Yang penting, ada kesannya dalam hidup saya!

Sucikanlah jiwa anda dengan ibadah Qurban ni. Lagipun ada hadis yang memang rasanya sangat penting untuk kita semua fahamkan, dan kemudian bertindak.

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Janganlah risau duit dalam bank anda tu luak dalam akaun bank ok. Percayalah janji Allah, barangsiapa yang mengeluarkan belanja di jalan Allah, maka Allah akan tambahkan rezekinya lagi. Kalau boleh beli baju dan keperluan lain setiap bulan sampai RM3000, tak rasa apa-apa ke kalau tak boleh nak keluarkan duit RM 250-RM1000 setahun sekali je untuk Allah??? Malas nak cakap banyak, fikirlah sendiri. Wallahualam

Artikel Berkaitan

5 responses to “Sucikan Jiwa Dengan Ibadah Qurban Aqiqah

  1. marilah kita sama-sama menunaikan ibadah Qurban bagi yg berkemampuan…

    * bila nak sambung entri Siri Blogger Wanita?

    • InsyaAllah, ada yang mampu dekat Malaysia ni untuk bantu saudara si Kemboja 🙂

      sekarang banyak benda nak buat, nanti akan ada sambungan, InsyaAllah.hehhe

  2. Saya masih tak berkemampuan lagi nak buat qurban. huhu

  3. Semoga lebaran haji yang akan datang sudah bisa mampu untuk ber qurban ,aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge