Menarik Tentang Keajaiban Al-Quran Dengan Fakta-Fakta Sains

Keajaiban Al-Quran sememangnya banyak. Semua orang tahu secara umum tapi saya yakin tak ramai yang ambil tahu secara terperinci. Kalau jenis baca Al-Quran beserta terjemahan, InsyaAllah anda akan jumpa serba sedikit kaitan ini. Kalau tidak, anda boleh rujuk Al-Quran lepas baca artikel ini.

KEAJAIBAN AL-QURAN DENGAN FAKTA-FAKTA SAINS

1)Proses Kejadian Alam Semester

Pada kira-kira 70-80 tahun yang lepas ahli sains telah menemukan bahawa alam semester terjadi daripada satu letupan yg di gelar sbg ‘Big Bang’. Tapi pada 1400 tahun yang lepas Al-Quran telah mendahului sains moden dengan menceritakan proses ‘Big Bang’ ini dalam Surah Al-Anbiya 21:30,

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara mereka?”

COUPLE SET AL-QURAN PELANGI UNTUK HANTARAN

2) Bumi berbentuk Geosfera

Pada asalnya manusia percaya bahawa Bumi ini berbentuk leper tapi pada tahun 1597, Sir Francis Drake yelah berlayar ke seluruh dunia dan membuktikan bahawa Bumi ini berbentuk spera. Akan tetapi, pada 1400 tahun yg lepas Al-Quran telah mendahului sains dengan menyatakan bahawa Bumi sebenarnya berbentuk geospera dalam Surah An-Naziat 79:30,

“Dan Bumi itu dijadikan berbentuk telur”

Perkataan yang digunakan adalah ‘dahaha’ yang berasal dari pekataan ‘duuyah’ bermaksud telur burung kasawari. Dan bentuk telur burung kasawari adalah geosfera seperti bentuk Bumi.

3) Cahaya Bulan adalah cahaya pantulan bukan cahayanya sendiri

Dulu manusia percaya bahawa Bulan menghasilkan cahayanya sendiri tapi kini sains telah membuktikan bahawa Bulan hanya memantulkan cahaya daripada matahari bukan cahayanya sendiri. Tapi pada 1400 tahun yang lepas Al-Quran telah menjelaskan fakta ini dalam Surah Al-Furqan 25:61,

“Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang memantulkan cahaya”

Perkataan yang digunakan adalah ‘muneer’ yang bermaksud objek yang memantulkan cahaya. Dan tidak pernah pula Allah swt tersilap menggunakan perkataan yang menggambarkan matahari seperti wahhaaj (pelita), siraaj (lampu) dan diya (sinaran yang sangat terang) untuk menggambarkan Bulan.

4) Matahari selain beredar mengelilingi pusat Galaksi Bima Sakti, turut juga berputar pada paksinya

Pada tahun 1512, Nicholas Copericus mengatakan matahari yang berada di tengah-tengah Sistem Suria tidak berputar. Sehinggalah lebih kurang 10-20 tahun yang lepas, ahli sains berjaya menemukan bahawa Matahari turut berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi pusat Galaksi Bima Sakti. Tapi pada 1400 tahun yang lepas Al-Quran telah menyatakan fakta ini dalam Surah Al-Anbiya 21:33,

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar sambil mempunyai putaran tersendiri”

Perkataan yang digunakan adalah ‘yashbahun’ yang berasal daripada perkataan ‘sabaha’. ‘Sabaha’ memberi gambaran bahawa ada pergerakan yang terhasil daripada objek yang sedang beredar.

Ini adalah sebahagian saja tentang keajaiban Al-Quran dengan fakta-fakta sains moden sekarang. Banyak lagi perkara-perkara yang ada dalam dunia ni dan memang sudah dinyatakan dalam Al-Quran oleh S.W.T. Tapi, sebab ilmu kita tak setingga mana tak mampulah nak hadam maksud sebenar dalam ayat Al-Quran tu.

Kepada yang berminat nak buat tempahan ibadah Qurban Aqiqah di Kemboja, tarikh akhir tempahan adalah pada 7 Oktober 2013. Jangan lepaskan peluang untuk berkorban harta demi akhirat. Wallahualam

Artikel Berkaitan

2 responses to “Menarik Tentang Keajaiban Al-Quran Dengan Fakta-Fakta Sains

  1. Alhamdulillah sejak lahir kita sudah menjadi seorang Islam. Semoga keajaiban Al Qur’an ini bisa makin meningkatkan ketakwaan kita pada Allah SWT

  2. tiadalah patutu kita meragukan Al Quran dan isinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge