Jadilah Blogger Yang Dinanti Bukan Blogger Yang Minta Dimaki

Rasanya boleh tahan lama juga saya bercuti daripada menulis sebarang artikel di blog ini. Bukan tak ada idea menulis, cuma saya sengaja bercuti. Siapa kata blogger tidak perlu bercuti? Hello, blogger pun manusia. kan?

Sepanjang saya bercuti suka-suka ni, ada jugalah beberapa orang yang mengirim personal message di Facebook bertanyakan soalan “kenapa tak update blog?”, “lamanya menyepi, pergi mana?” dan ada beberapa jenis pertanyaan lagi yang saya rasa tak perlulah dikongsikan semuanya kan?

Tapi, cukuplah dengan pertanyaan macam ni. Saya rasa terharu juga sebenarnya. Ingatkan tak ada orang rindu nak baca artikel tak seberapa dalam blog ni (perasan kan kau?).

Alhamdulillah, jadi blogger yang tak pernah keluar dalam mana-mana majalah, surat khabar atau televisyen pun masih ada peluang rupanya untuk dirindui (kalau nak mual-mual, diizinkan). Ingatkan jadi blogger tak popular ni tak ada peluang nak rasa macam ni!

Macam inilah, sebenarnya saya bukanlah bercuti sepenuhnya. Saya busy dengan hari raya Aidiladha tempoh hari dan kemudian busy juga buat Facebook Marketing untuk stok-stok Al-Quran Pelangi yang baru sampai (kalau nak tempah, terus klik dekat sini ok).

Sumpah, sibuk sangat-sangat. Saya kena banyak belajar uruskan masa lagi nampaknya. Walaupun ada sesetengah kawan yang selalu perli-perli berkenaan kerjaya saya sebagai blogger tak bersijil ini, tapi dalam diam sebenarnya saya gelakkan mereka juga cuma gelak dalam hati.

“kau gelak gelak aku buat blog, tapi kau gelak kosong. Aku gelak dapat duit dengan blog”

Pada saya, bukan semua perkara kita perlu kongsikan dan terangkan pada “musuh” kita. Biarkan saja mereka nak perlu atau nak herdik kerjaya kita. Dalam diam-diam, blog saya ini dah 5 tahun beroperasi dan bertahun-tahun juga saya jana duit “slow motion”.

Bila dah ada pengalaman, InsyaAllah ada ilmu. Bila orang tanya, kita berkongsi. Bila kita menulis artikel, ada orang yang menanti. Jadilah Blogger Yang Dinanti Bukan Blogger Yang Minta Dimaki. Bila kita cuti lama-lama, InsyaAllah ada je yang rindukan hasil tulisan kita.

Itulah kepuasan sebenar!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Jadilah Blogger Yang Dinanti Bukan Blogger Yang Minta Dimaki

  1. Betul..ada orang yang gelakkan..kita abaikan aje..senyum je dengan orang macam tu. 🙂

  2. hurmm~ betul… rindu juga dgn menulisan kamu huhu~ tapi faham… mungkin kamu buzy agaknya.. sbb kalau perasan, blogger yang perempuan mcm makin lama makin kurang jer… masing2 blog dah makin menyepi…

  3. Saya mungkin bukan blogger yang dinanti tapi harap2 janganlah saya jadi blogger yang dimaki huhu :-p

  4. Mari buat cuti khas untuk blogger .. hehehe..

  5. Blog ni best! kalau orang tanya-tanya tu tandanya dihargailah tu..huhu

  6. Hanya kita yang tahu apa kita buat 🙂

  7. Mbak Liza dah menjadi blogger yang dinanti, ini menandakan anda sukses jadi blogge
    tinggal kaminya yang belum seperti itu harus berusaha lebih giat terutama membuat postingan yang berkualitas agar banyak di suka dulu oleh pengunjung kami…
    Selalu sukses ya mbak …

  8. Lama x jenguk liza… bz jual quran rupanya..

  9. semoga di masa akan datang, bisa update blog ini.selalu ditunggu

  10. Ish ish, blogger terer macam ni pun ada orang berani gelakkan ke? ish3 dia belum betul2 kenal sape liza razak tu 🙂

  11. Oh, saya dah lama tak singgah di sini. Baru hari ni berkesempatan. Liza dah lama dalam dunia blogging dan selalu share tips menarik, tentu ada saja yang menrindui!

  12. Salam kenal Liza,
    Seronoknya bila diri dirindui…hehehe

  13. wow ada orang gelakkan? pelik sungguh manusia bila kita cari rezeki halal digelakkan. hmm tak pelah, asal kita tahu cari rezeki biarkanlah mereka tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge