Cabaran RM 5 Sehari Untuk Keuntungan Infiniti

Hah, mulalah tu ingat saya nak bagi tips jana pendapatan melalui blog lagi. Mana ada. Saya cuma nak ajak anda sama-sama dengan saya untuk sertai Cabaran RM5 Sehari. Cabaran apa yang sampai RM5 sehari ni ya? Ok, boleh teruskan bacaan artikel ini.

Kalau tidak berminat nak sertai, jangan teruskan bacaan anda. Nanti anda menyesal

Ok, kalau rasa betul-betul berminat nak sertai Cabaran RM5 sehari ni, boleh kita mulakan sekarang. Macam ini, saya sebenarnya tengah dalam proses memperbaiki diri dan sudah tentu tidak akan berhenti. Sepanjang dalam proses ini, saya banyak belajar dengan melihat keletah orang sekeliling, dengan pengalaman sendiri, campur tolak dengan pengalaman orang lain juga.

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK DAPATKAN TIPS PENTING BERJAYA DENGAN PROGRAM AFFILIATE

Salah satu daripadanya ialah, saya melihat dan merasa dengan pengalaman “dapat rezeki terpijak” hanya dengan mengamalkan rutin bersedekah setiap hari. Ya, baca baik-baik. Setiap hari, tanpa gagal. Kalau gagal bersedekah hari ini, duit semalam saya akan bawa ke hari esoknya. Wajib!

Cuma, nilainya tidak sebanyak RM5 setiap hari sebab saya cuma suka-suka saja keluarkan duit. Kalau ada duit sikit dalam beg duit, saya hulur sedikit. Kalau ada lebih, ada not merah, saya keluarkan not merah itu. Tidak tetapkan untuk wajib keluar paling sikit RM5 sehari.

Tapi, walaupun nilainya tidak tetap setiap hari, saya masih dapat rasa aura “murah rezeki dengan bersedekah” itu. Betul janji Allah. Ya, Allah tidak pernah mungkir janji.

Tapi, jangan salah faham ya. Cabaran RM5 yang saya nak buat ni bukanlah bertujuan untuk kaut keuntungan berganda-ganda tapi lebih kepada saya nak ajak semua rakan-rakan pembaca blog saya ini berubah ke arah kebaikan, InsyaAllah. Kalau saya boleh dapat keuntungan yang agak berbaloi hanya dengan mengamalkan aktiviti “bersedekah” setiap hari walaupun dengan nilai yang sedikit (kadang-kadang 50 sen saja), mungkin anda akan dapat keuntungan yang lebih kalau sertai Cabaran RM5 ini!

Keuntungan Infiniti!

Apa itu keuntungan infiniti? Pastinya keuntungan zahir dan batin. Zahir, mungkin anda akan dapat rezeki yang mencurah-curah berkat aktiviti sedekah setiap hari anda itu dan keuntungan batin pulak, InsyaAllah Allah akan buat hati anda tenang.

InsyaAllah. Mungkin Cabaran RM 5 ini pada mulanya akan nampak seperti memaksa kita, tetapi tidak mengapa. Memang di dalam membuat kebaikan, kita perlu melalui proses-prosesnya. Mulakan dengan paksaan (kalau secara ikhlas, lebih baik), nanti dalam proses buat baik secara paksaan ini pasti lama-lama akan jadi kebiasaan, dan dengan Izin Allah pasti lepas tu anda akan lakukannya Lillahi Taala.

Nak join?  🙂

Artikel Berkaitan

5 responses to “Cabaran RM 5 Sehari Untuk Keuntungan Infiniti

  1. Masa mula-mula baca tadi macam keuntungan Innity pulak

  2. wah, dapat hasil jualan hingga 4 angka.. hebat juga…

  3. segal sesuatunya di mulai dari hal yang kecil dan tidak ada salahnya bila target pun di mulai dari terkecil dulu lalu bertambah besar seiring berkembangnya usaha kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge