Tempahan Qurban Secara Online 2013

Assalamualaikum, nampaknya kita semakin hampir dengan hari raya haji. Tempahan Qurban Secara Online juga sudah mula dibuka untuk mereka yang ingin melakukan ibadah Qurban dengan lebih mudah. Sebelum itu, saya akan mengajak anda semua untuk refresh balik pengertian ibadah Qurban ok.

Pengertian Ibadah Qurban bermaksud penyembelihan binatang yang telah dibenarkan oleh Allah yang dilakukan pada Hari Raya Haji iaitu penyembelihannya dilakukan selepas solat AidilAdha dan hari-hari Tasyrik kerana niat semata-mata untuk beribadah kepada Allah dan juga sebagai memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Allah Ibrahim.

Hukum ibadah Qurban ini pula sunnat Muakkad bagi orang-orang yang sudah memenuhi syarat-syarat seperti Islam, merdeka, sudah baligh, dan telah mampu untuk melakukan ibadah qurban.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).
“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Tujuan Ibadah Qurban ini sebenarnya adalah untuk membersihkan diri yang melakukan ibadah qurban ini daripada melakukan dosa-dosa. Kalau ditanya pula apa kelebihan yang kita akan dapat sekiranya melakukan ibadah Qurban ini, memang terlalu banyak. Anda boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Adik Ensem mengenai kelebihan ibadah Qurban di sini

Sekiranya anda ingin melakukan ibadah qurban pada tahun ini, dan anda masih tidak tahu nak lakukan di mana dan bagaimana, anda boleh juga wakilkan urusan ibadah qurban ini melalui program tempahan qurban secara online oleh eQurban yang mana semua urusan penyembelihan akan dilakukan di Kemboja.

Ini bermaksud, daging qurban yang anda lakukan atas nama anda dan keluargan nanti akan dibahagi-bahagikan kepada rakyat Kemboja yang kita pun tahu mereka tidak berkemampuan untuk makan daging sebanyak kita di Malaysia ni. Mungkin dengan ibadah qurban yang kita lakukan ini akan dapat menggembirakan hati mereka. Kan?

Saya selaku orang yang pernah mewakilkan eQurban untuk melakukan ibadah qurban di Kemboja, sangat-sangat mencadangkan untuk sesiapa yang nak melakukan ibadah qurban, boleh buat tempahan qurban secara online dengan equrban sahaja. InsyaAllah duit anda tak ke mana, kira boleh dipercayailah. Tak perlu risau!!

 

Artikel Berkaitan

2 responses to “Tempahan Qurban Secara Online 2013

  1. Selamat jalankan ibadah Qurban
    adikensem´s last blog post ..Info Bersara : 5 Langkah Menyiapkan Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge