Tempahan Korban Dan Aqiqah Di Kemboja 2013

Korban Dan Aqiqah Di Kemboja nampaknya semakin mendapat sambutan. Tempahan Korban dan Aqiqah di Kemboja 2013 sudah boleh dibuat mulai sekarang bagi mereka yang nak buat ibadah korban dan aqiqah untuk diri sendiri ataupun untk keluarga pada tahun ini.

Hukum asal ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut di dalam Islam bagi yang mampu dan wajib bagi yang telah bernazar bagi sesuatu hajat. Sebahagian ulama pula ada yang mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Kalau ada rezeki lebih, jangan risau duit habis kerana melakukan ibadah korban dan aqiqah ya.

kisah benar seorang hamba Allah tentang kuasa ibadah Korban

Buangkan jauh-jauh perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ini, ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka. Saya sendiri sudah mengalami situasi ini. Bila kesempitan hidup atau rezeki, keluarkan. InsyaAllah kalau yakin dengan ALLAH, pasti ditambah lagi rezeki kita! Yakin

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Sebagai ringkasan untuk mereka yang berhajat untuk buat tempahan korban dan aqiqah di Kemboja 2013, saya sertakan sedikit info tentang pilihan yang anda boleh buat untuk diamanahkan kepada pihak eQurban.com. Jangan risau dengan kesahihan pihak eQurban.com menjalankan amanah ini kerana saya sendiri merupakan pelanggan mereka. Dapat sijil dah pun!

korban-dan-aqiqah-dikemboja

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Tempahan Korban Dan Aqiqah Di Kemboja 2013

eQurban.com menyediakan program korban diKemboja dengan kos yang sangat murah dan berpatutan. Harga-harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1 ekor Kambing = RM550
1 bahagian Lembu = RM250
1 ekor Lembu = RM1,750

Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com. Selamat menjalankan ibadah Korban ya!

Artikel Berkaitan

One response to “Tempahan Korban Dan Aqiqah Di Kemboja 2013

  1. Pingback: Review Ikhlas Untuk Yes 4G | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge