Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Pernah tak anda terfikir satu hari nanti, bila sudah sampai waktunya anda perlu bersara daripada pekerjaan anda sekarang ataupun anda memang terpaksa bersara awal dari masa yang diberikan oleh majikan anda? Agak-agak, apakah sumber pendapatan selepas bersara anda?

Ada kerja, adalah duit untuk belanja seharian. Kalau dah tak ada kerja, hilanglah punca pendapatan. Tak ada pendapatan, macam mana nak teruskan hidup dalam negara yang maju ni kan? Tapi, kalau anda jenis menabung daripada usia muda pastinya tak ada masalah.

Tapi, macam mana pula dengan orang yang masa mudanya dihabiskan dengan berfoya-foya? Dapat duit gaji bulanan, terus habis dia belanjakan semuanya. Langsung tak ada simpanan. Jadi, macam mana agaknya dia nak dapatkan sumber pendapatan selepas bersara nanti?

Kalaulah anda sendiri yang berada dalam situasi seperti saya gambarkan dekat atas ni, apa agaknya langkah untuk anda lakukan? Hidup perlu diteruskan, perut anak bini perlu diisikan dengan makanan, duit sekolah anak-anak perlu dibayar juga. Belanja dekat Universiti pulak bukannya murah.

Ok, saya beri cadangan. Mungkin anda ada dua pilihan. Samada paksakan diri untuk kembali bekerja (bagi kes yang terpaksa bersara awal kerana masalah kesihatan) atau terpaksa mulakan perniagaan untuk menampung kehidupan selepas bersara anda.

Kalau anda masih sihat, masih ada tenaga nak dikerahkan untuk lakukan seperti yang saya cadangkan dekat atas ni, alhamdulillah. Teruskan. Tapi, macam mana pula kalau anda memang tidak mampu lagi untuk bekerja secara total atas sebab-sebab kesihatan.

Nak keluar rumah pun, keadaan kesihatan tidak mengizinkan sangat. Nak mulakan perniagaan pun anda tidak ada duit modal. Macam mana tu? Ok, jangan risau. Kita masih ada 1 lagi pilihan. Sekiranya anda memang ada kekangan pada faktor usia, anda memang tidak lagi seaktif dan secergas dulu, saya galakkan anda bekerja saja dari rumah menerusi platform dipercayai ramai Jobdirumah.

Anda tidak perlu keluar rumah pun untuk dapatkan duit dan sara keluarga anda. Dengan Jobdirumah ini, anda boleh lakukan SEMUA kerja dirumah sahaja. Anda yang pilih kerja, anda yang tentukan bila anda mahu bekerja dan anda juga yang tentukan berapa banyak duit yang anda mahu. Dalam bahasa bijak pandai, kita sebut pekerjaan ini sebagai Freelancer.

InsyaAllah, rezeki Allah itu luas ya. 1 pintu rezeki ditutup, ada pintu-pintu lain yang Allah sediakan untuk hambaNya. Apa yang penting, anda usaha. Anda perlu fikirkan mulai sekarang bagaimana anda nak dapatkan sumber pendapatan selepas bersara nanti. Wallahualam

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

4 responses to “Sumber Pendapatan Selepas Bersara

  1. sekarang ni ramai yang tak membazir, tapi duit memang tak cukup
    sabree hussin´s last blog post ..Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

  2. skrng ni semua orang kena ada sumber pendapatan ke2 🙂
    zuan´s last blog post ..Uncle Zuan Blog

  3. terima kasih atas info-nya, Insya Allah akan coba juga mengais rejeki melalui jobdirumah
    Rina´s last blog post ..Create Dynamic XML RSS Feed / Sitemap File Using PHP And MYSQL

  4. Selama kita mau berusaha, Insya Allah rejeki akan datang kepada kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge