Review Ikhlas Untuk Yes 4G

Review produk ni kalau tak ikhlas lebih baik jangan buat. Saya jarang review produk sangat sebab saya tak suka nak buat-buat macam produk yang ditawarkan tu bagus tapi hakikatnya tidak. Menipu pembaca blog sayalah macam tu kan? Tapi, kali ini saya rajin kongsi review ikhlas untuk Yes4G.

Ikhlaslah sebab saya tak dibayar langsung pun. Kira kalau ada staff Yes 4G terbaca review ikhlas saya ni bolehlah cakap dengan bos ok. Sedekahlah dekat saya duit sikit. hahahahahaha! Kurang ikhlas jadinya macam ni. Ok, jangan buang masa. Mari kita sembang pasal line internet Yes 4G.

Tempahan Korban Aqiqah di Kemboja sudah dibuka!

Mesti orang nak tanya sudah berapa lama saya guna line internet Yes 4G kan? Alah mesti punya soalan ni ditanya. Sama macam orang tak percaya saya tersenarai dalam Top Affiliates for 2013 untuk di Jom Niaga. Apa ni? Tak baik tau. Ingat blogger wanita tak pandai main Affiliate ke? Bolehlah, nak cepat boleh khatamkan kitab teknik seo merah jambu (berdosa kau, bongkak!!) hahahaha! Guraulah. Nak bukti? Kejap

affiliate jom niaga

Dah, tukar balik topik pada review ikhlas untuk Yes 4G ni. Saya baru juga guna sebenarnya dalam 3 bulan macam tu. Sebelum ni saya guna line internet Maxis tapi mungkin memang coverage tak elok agaknya di kawasan rumah saya (kalis, malas nak mengutuk terang-terang). Setakat ni memang terbaiklah dengan Yes 4G! Kuranglah kena makian berhemah daripada kami sekeluarga.

Teknik Meningkatkan Jualan Dengan Aplikasi Doktor FB

Setakat ni saya tak ada masalah sangat guna line internet dari Yes 4G. Kiranya kalau pulang ke kampung yang hulu sikit pun masih ok lagi. Tak berapa laju tapi tak berapa siput sedut juga. Masih berkualiti dan tak sakit hati. hehehe! Saya memang sudah hasut ramai jugalah manusia untuk tukar ke Yes 4G ni sebab berbaloi.

Lagi 1, mungkin sebab saya tertarik dengan cara servis waktu emergency yang Yes 4G ni sediakan kot. hahahaa! Servis emergeny macam mana? Kejap, tengok ya screenshot dekat bawah ini. Tengok pada symbol belon merah tu. Kejap ya.

review yes 4g

Super Booster! Bestlah untuk pengguna yang tak sedar diri macam saya ni. Asyik habis quota je. Kira dengan Super Booster ni bolehlah saya top up quota bila-bila masa dan paling penting ikut kemampuan duit dalam akaun Maybank hasil bisnes meletup-letup lepas guna taktik Facebook macam-macam (Alhamdulillah). Kiranya, saya tak perlu top up beratus ringgit, paling rendah RM10 atau RM15 kalau tak silap saya. Senang!

Sekali lagi diingatkan, artikel ini bukanlah sebuah review berbayar. Review ikhlas untuk Yes 4G ini memang saya kongsi untuk pembaca setia blog saya (ah, perasannya kau ada pembaca setia!!). Lepas ini, terpulang pada anda. Nak termakan hasutan saya ataupun tidak. Oh ya, kalau siapa nak suruh saya review produk pun boleh tapi berbayarlah. hihihi! Bye!

Artikel Berkaitan

2 responses to “Review Ikhlas Untuk Yes 4G

  1. Yes 4G ni dah semakin ramai customer langgan.
    Makin mahsyuk la Yes 4G lepas ni ­čśÇ
    hafidz´s last blog post ..Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 12

  2. YES 4g..kenapa tak ada signal kat rumah saya ekk?hehe..untung lah sekolah yang pasang menarik yes 4G ni..
    Hafizul´s last blog post ..Pendapatan Ke 21 Dari Jobdirumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge