Rebel Of Roses – Kedai Barangan Wanita Online Terkini

Kedai barangan wanita online memang makin banyak sekarang ni. Cakap je anda nak beli apa, semua ada dihujung jari. Paling banyak kedai barangan wanita yang fokus jual selendanglah kan. Saya sendiri, mengaku yang saya hantu beli selendang!

Cuma, 1 je yang tak berapa berkenan bila kita buat pembelian secara online ni. Biasanya jarang sangat orang yang menjual dengan rela hatilah kira nak beritahu kita awal-awal kekurangan yang ada pada produk mereka. Kan? Anda yang dah biasa berurusan secara online mesti tahu punyalah.

Biasanya, penjual akan beritahu kita kelebihan produk mereka je. Kadang-kadang naik boring jugak nak dengar sebab secara logiknya, mana ada penjual yang nak bukak pekung produk mereka sangat pun kan? Semua nak puji-puji, nak bagi laris produk!

Tapi, alhamdulillah. Akhirnya setelah lama saya berkecimpung dengan aktiviti jual beli secara online di kebanyakkan kedai barangan wanita online sedia ada ni, baru ini KALI PERTAMA saya jumpa dengan penjual yang JUJUR. Bagus! Saya suka dengan penjual yang ikhlas nak menjual ni.

Kedai Barangan Wanita Online Terkini – Rebel Of Roses 

shopping online murah

Rebel of Roses

Kedai barangan wanita online yang saya maksudnya ialah REBEL OF ROSES. Sangat mudah berurusan dengan pemilik kedai online ini. Sangat professional cara kerjanya, respons yang agak pantas, dan paling saya suka dengan sikap pemilik kedai ini ialah sikapnya yang jujur bila menjual produk.

Anda pun boleh lihat dalam gambar di atas, salah satu produk yang dijual di kedai REBEL OF ROSES ini pelbagai jenis tudung. Kalau kita lihat pada jenis tudung yang dijual memang tiada apa bezanya dengan kedai online yang lain kan?

Tapi, saya selaku pelanggan kedai ini sangat sangat sangat teruja bila pemiliknya tidak beriya “memikat” hati saya dengan menyenaraikan 1001 kelebihan tudung beliau tetapi sebaliknya beliau jujur memberitahu saya KEKURANGAN yang ada pada tudung ini.

Alahai, hati pelanggan mana tak terpikat dengan peniaga jujur macam ini? Cakap!!! hahahahaha

Tak semestinya bila peniaga tu beritahu kita kekurangan produk beliau, kita tak nak beli sebab kita ni hidup dengan pelbagai kehendak pelik-pelik. hahahaha!! Kan? Mungkin pada beliau itu kekurangan tapi pada kita yang nak membeli ni, itu kemahuan kita. heh!

Oh ya, lagi 1 keistimewaan kedai online REBEL OF ROSES ni anda boleh jugak “request” produk apa yang anda berminat sangat, dah cari dekat mana-mana kedai online yang lain tapi masih belum jumpa. Anda boleh terus contact pemilik kedai ini untuk request terus. InsyaAllah biasanya beliau akan usahakan juga untuk carikan untuk ada. Best kan?

Dah, malas lah nak cakap banyak-banyak. Kalau anda berminat nak bershopping tudung  macam-macam jenis ke, lepas tu nak beli baju yang murah-murah ke, nak pergi travel jadi nak beli beg galas ke, macam-macamlah lagilah kan, anda boleh terus ke Instagram REBEL OF ROSES ni di sini dan boronglah seberapa banyak barang anda nak ye.

INSTAGRAM REBEL OF ROSES

shopping-online-murah

cathy-choo-shower-gel

Shopping shopping shopping sampai lebam. Kalau nak belanja saya pun saya sudi sangat. Paling saya geram saat ini adalah produk terbaru CATHY CHOO SHOWER GEL ni. Saya dah tengok testimoni dekat internet, memang ramai cakap best pakai shower gel ni. Ada siapa-siapa nak belanja tak?? Angkat tangan!!! hehehehe!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

5 responses to “Rebel Of Roses – Kedai Barangan Wanita Online Terkini

  1. setujulah, beri maklumat kelemahan produk secara tak lansung gambarkan kejujuran penjual. cuma agak-agaklah jangan sampai kelemahan sampai sama banyak dengan kelebihan…heeee.
    Denaihati´s last blog post ..WordPress Master Class dan Insentif bulanan

    • hahahaha haruslah bro. cuma, selaku peniaga Islam rasanya memang beginilah caranya. jangan disimpan cacat cela yang ada pada produk kita. Ikut cara Nabi Muhammad berniaga. jujur.hihi

  2. kuasa membeli para wanita tinggi..
    ilhamic´s last blog post ..Skim Usahawan Siswazah Vs Tabung Usahawan Siswazah

  3. karena produk wanita memang menjadi produk yang paling banyak dicari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge