Rahsia Menulis Artikel Berterusan Daripada Saudara Aqif Azizan

Kalau anda merupakan blogger, anda pastinya pernah mengalami sindrom kekurangan idea artikel. Tipu sangat kalau anda kata, TIDAK. Anda jangan fikir penulis-penulis blog yang hebat-hebat tidak pernah mengalami masalah ini. Mereka pun sama macam kita.

Cuma, mereka professional. Tak mungkin mereka nak buka pekung sendiri. Kan? Padahal, percayalah. Mereka pun pernah beratus-ratus kali gagal menulis artikel secara konsisten. Mungkin mereka pun perlu baca Ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” macam saya. Mungkinlah!

Tempahan Korban Aqiqah di Kemboja sudah dibuka!

Rahsia Menulis Artikel Daripada Pakar Ebook Aqif Azizan

Rahsia Menulis Artikel Daripada Pakar Ebook Aqif Azizan

Dalam diam-diam, sebenarnya saya suka menuntut ilmu pasal blogging dekat blog saudara Aqif Azizan. Saya terjumpa piramid ini. Simple tapi sangat jelas ya output yang beliau nak berikan pada pembaca blog beliau. Rahsia Menulis Artikel Berterusan Daripada Saudara Aqif Azizan.

Beliau suruh pembaca blognya fokus pada bahagian yang berwarna oren itu. Secara mudahnya, kita semua boleh tahulah kan bagaimana beliau mendapat idea-idea topik untuk menulis artikel dalam blog peribadi beliau.

Saya setuju (semestinya dengan pengamalan sendiri juga), kita boleh dapat banyak idea untuk menulis daripada blog orang lain, rajin baca buku-buku, selalu perhatikan keadaan orang keliling dan paling senang nak dapat idea menulis ialah dengan lihat saja topik yang sedang hangat dibincangkan dalam laman social network! Senang!

Kalau kita tengok piramid ini pun, secara logiknya kita tahu yang kita memang PERLU MENULIS ARTIKEL untuk capai target paling atas piramid tersebut iaitu TRAFIK!

Kuncinya ialah menulis dan terus menulis artikel di blog anda walaupun tiada sebarang komen oleh pembaca tetapi tidak semestinya ia tidak penting. Masih penting untuk disayang oleh Google contohnya. Google sayang blog yang sentiasa dikemaskini ok. Jangan malas menulis. Tapi, ingat jangan panjang sangat. Saudara Aqif pun sarankan paling maksima 500 patah perkataan. jangan bagi pembaca anda muntah ok.

Lagi. Macam mana nak capai target paling atas piramid ini? Ok, lepas hasilkan artikel anda tu. Saudara Aqif sarankan untuk buat sedikit promosi. Kalau anda sertai forum-forum, boleh promosi dekat situ secara berhemah ya. Macam saya, lebih suka gunakan platform paling berkesan sebagai platform buat duit online saya iaitu Facebook. Ada artikel, ada promosi, tunggu trafik masuk dan lepas tu boleh check baki akaun Maybank. Duit masuk tanpa segan silu. InsyaAllah

p/s: Kalau nak buat Qurban sempena Musim Haji ni, please jangan  tunggu last minute ya. Nanti sistem E-Qurban mogok tak boleh nak buat transaksi…baru tahu. Urusan saham akhirat, tak perlu fikir 20 kali baru nak buat. Ada hikmahnya nanti. 

 

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

16 responses to “Rahsia Menulis Artikel Berterusan Daripada Saudara Aqif Azizan

  1. akan mendaki mencapai yang biru..keh3
    Fakarepain´s last blog post ..( SUPER COOL ) PERDANA MENTERI RUSSIA DAN HOBI DI MASA LAPANG

  2. Tidak dinafikan ide menulis blog ini ada pasang surut. Ada masa dipaksa macam mana pun tidak mahu keluar. 🙂
    akubiomed´s last blog post ..AkuBiomed akan lepak bersama Nuffies di Meeples

  3. EMm betul tu kak..blogger pro tak nak nak bukak pekung sendiri..haha..bijak idea aqif azizan ni..
    Hafizul´s last blog post ..Wordless Wednesday #68 – Ayah Kena Buli

  4. nak tak nak idea mesti nak ada juga. bagus infografik sistem piramid tu.
    Denaihati´s last blog post ..WordPress Master Class dan Insentif bulanan

  5. Perghh.. bagus piramid ni.. ni lah salah satu sebab juga kenapa susah nak konsisten buat entri.. saya pula asyik nak buat blog baru aje.. hehe.. well.. blog bagi saya hanya tempat suka suki aje kut.. sebab tu tak pernah ambil serius macam ni.. all the best kepada semua yang rajin blogging! =)
    Faarihin´s last blog post ..Hanya Mampu Merancang

  6. macam orang masak lah kena cari idea nak masak apa , pastu masak, dah masak pangil orang last sekali makan
    onlajer´s last blog post ..Tempahan Qurban Secara Online 2013

  7. macam aku, dah tak ada idea nk tulis pape takut merapu je tulis krang..hahaha. thanks for sharing.
    Bahrain´s last blog post ..Kita Punca Diri Kita Dibenci

  8. mendapatkan ide menulis adalah hal yang sangat penting ya karenanya ini harus diutamakan, saya setuju
    semoga saya bisa menjdi blogger yang bisa konsisten dalam menulis dan mengupdate blog, ini harus diusahakan..
    terima kasih sharingnya mbak 🙂
    Rina´s last blog post ..PHP Script To Detect And Show IP Address Lookup

  9. saya suka baca rahsia ini..semoga kita mendapat manfaatnya.
    kakiblog´s last blog post ..5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge