Pendapatan Pasif – Labur Sekali, Untung Berkali-Kali

Labur sekali, untung berkali-kali. Apa dia? Oh, saya bercakap tidak bercakap berkenaan pelaburan Skim Cepat Kaya. Jangan risau. Tetapi, saya nak ajak anda semua sama-sama terokai berkenaan ilmu pendapatan pasif dengan saya.

Apa itu pendapatan pasif? Baiklah, saya ringkaskan. Sumber pendapatan kita sebenarnya boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa sumber tetapi untuk tujuan artikel ini, saya cuma akan terangkan 2 sumber sahaja iaitu sumber aktif dan juga sumber pasif.

Pendapatan aktif bermaksud, sumber pendapatan yang kita akan perolehi apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan berterusan, untuk satu tempoh masa yang ditetapkan dan kita akan perolehi pendapatan daripadanya. Walaubagaimanapun, pendapatan aktif ini akan terhenti apabila kita berhenti melakukan pekerjaan tersebut. Contoh, pekerja swasta.

Pendapatan pasif pula bermaksud, sumber pendapatan yang kita akan dapat hanya dengan sekali pelaburan sahaja. Pelaburan yang saya maksudkan di sini termasuk pelaburan wang, atau mungkin pelaburan idea, mungkin juga pelaburan tenaga kerja dan juga lain-lain. Mengikut kesesuaian pekerjaan yang anda pilihlah. Labur sekali, tapi anda akan dapat hasil berkali-kali.

Bagi sesetengah orang, pendapatan pasif ini tidak penting. Tapi, sebenarnya kalau anda jenis bijak mengambil peluang yang tersedia ada zaman sekarang ni, pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk dapatkan pendapatan pasif ni. Terlalu banyak peluang yang terbentang depan mata. Kalau anda ada usaha buat kajian pasaran sikit, tak mustahil anda boleh jana pendapatan pasif yang berganda-ganda jumlahnya daripada pendapatan aktif anda setiap bulan!

Apa contoh pendapatan pasif yang anda boleh lakukan? Maksudnya, and labur sekali dan anda dapat untung berkali-kali? Terpulanglah. Ikut minat dan pengetahuan anda. Saya cadangkan anda pilih sumber untuk anda dapatkan pendapatan pasif anda itu berdasarkan kelebihan dan juga minat anda.

Sebagai contoh, saya minat menulis. Saya ada pengalaman menulis artikel blog dan juga review produk. Kelebihan saya ada dalam bidang penulisan. Jadi, saya boleh mendapatkan pendapatan pasif saya dengan menghasilkan ebook!! Ya, tahukah anda dah ramai yang dapat pulangan beribu-ribu dengan hanya menghasilkan ebook??

Idea utamanya ialah, saya hanya perlu labur idea, kerah tenaga sekali sahaja  untuk menghasilkan sebuah ebook dan kemudian bila ebook ini sudah siap, masa inilah saya akan mula mendapat keuntungan berkali-kali!! Saya akan mula menjual ebook dan pendapatan pasif saya akan terhasil apabila promosi sudah mula dijalankan.

Cuma, untuk mempromosikan ebook saya ini, pastinya saya perlukan suatu jentera jualan automatik untuk memaksimakan keuntungan saya nanti. Syukur sangat sebab sekarang ni memang sudah sedia ada 1 sistem yang boleh membantu saya.

Saya cuma perlu fahamkan 9 Langkah Pendapatan Pasif sahaja, kemudian saya akan tiru langkah-langkah yang telah diajarkan, dan lepas tu saya cuma perlu duduk, tidur dan bila pagi-pagi saya boleh check baki akaun bank saya yang pastinya akan bertambah! Senang sangat nak dapatkan pendapatan pasif zaman sekarang ni. Tahu langkah yang betul, anda pasti berjaya.

Sekali kita dah tahu langkah-langkah nak dapatkan pendapatan pasif ni, kita dah tak perlu risau lagi tentang masalah kewangan. Kita tak perlu lagi sibuk tunggu hujung bulan untuk tunggu gaji bulanan kita masuk. Jadi, saya cadangkan anda untuk segera dapatkan langkah-langkah yang betul untuk jana pendapatan pasif anda sekarang! Selamat maju jaya

Artikel Berkaitan

7 responses to “Pendapatan Pasif – Labur Sekali, Untung Berkali-Kali

  1. Dengan pendapatan pasif, kita boleh buat apa sahaja tanpa perlu risau tak ada duit.
    sabree hussin´s last blog post ..Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

  2. Pingback: Info bersara : Bijak Merancang Kewangan | Adikensem.com

  3. Yang saya suka dari bekerja online kita bisa dapatkan pendapatan pasif yang mana tanpa perlu tetap bekerja bila semuanya sudah jalan kita tinggal menikmatinya namun semuanya perlu kerja keras untuk mewujudkannya ya..
    Semoga anda selalu di murahkan rejeki oleh Allah SWT, semangat dan sukses selalu 🙂
    Rina´s last blog post ..How To Create And Build XML Sitemap / RSS Feed Files For Website

  4. pendapatan yang diharapkan oleh siapa saja, bisa melakukan kegiatan2 yang kita inginkan tanpa mengganggu pendapatan

  5. Saya setuju dengan pendapat anda. Perlu banyak pengorbanan untuk menjana pendapatan pasif. Kalau pendapatan pasif tu macam dialog cerita Seniman Bujang Lapok…

    kata pengawal keselamatan Singh “…lu punya nasig lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah kita makan sama-sama”

    Cukup terketok kepala… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge