Jangan Pandang Rendah Kuasa Iklan Di Facebook

Salam hari raya ke berapa entah. Maaflah saya dah tak ingat. Ada banyak perkara lain nak kena ingat dalam kepala ni. Ok, malas nak merapu panjang tapi percayalah sudahnya artikel ini akan jadi panjang juga! Saya nak ingatkan pada mereka yang ada penyakit macam saya sebelum ini.

Dapatkan COUPLE SET Al-Quran Management Diri Sekarang

Penyakit pandang rendah kuasa iklan di Facebook. Kalau bahasa budak-budak otai sekarang, mereka semua sebut Facebook Mania. Ada pulak yang sebut Samseng Facebook. Dulu, saya menyampah betul kalau orang sebut 2 benda alah ni tapi bila dah faham konsep Bisnes Online guna Facebook ni, kenalah redha juga untuk sayang 2 benda alah ni.

Tapi, saya tak mahir sangat nak terangkan berkenaan Facebook Mania atau Samseng Facebook tu. Saya belum mampu jadi Pakar Facebook. Saya pun baru je berjinak-jinak nak rasa cintakan Facebook. hahaha! Cuma, saya mampu kongsi pengalaman buat FBAds sahaja. Lihat screenshot di bawah ini tapi maaflah sebab memang sengaja blur tahap 99% sebab saja-saja. Haah, saja-saja!

fbads-tutorial

 

Ok, di atas adalah screenshot sebahagian Iklan produk di Facebook yang saya pernah buat. Sebenarnya cuba-cuba je buat, sekali tereti pulak. kahkahkah!! Tapi, anda semua janganlah jadi macam saya. Saya nak anda semua jadi lebih bijak daripada saya. Carilah ilmu, labur sikit wang. Dapatkan ilmu dari Doktor FB ke dari Pakar FB Cash Formula ke. Suka hati, asalkan jangan MALAS!!

Hasil beriklan di Facebook macam mana? Alah, buat saja dan anda akan lihat sendiri hasilnya!!! Untung InsyaAllah, dengan syarat belajarlah sikit ilmu seperti yang saya sudah canangkan dekat atas tu. Janganlah beriklan dengan ZERO ilmu ok. Selamat berjaya!! Oh lupa nak kongsi, semalam dan pagi tadi dapat duit komisen daripada Jobdirumah buat kesekian kalinya. Alhamdulillah

Artikel Berkaitan

One response to “Jangan Pandang Rendah Kuasa Iklan Di Facebook

  1. facebook ads bisa jadi alternative untuk berpromosi selain google adsense, saya terus terang belum pernah coba ini mengingat saya amat jarang bersosialisasi di jejaring sosial dan lebih disibukkan dengan urusan web dan blog.
    terima kasih infonya mbak 🙂
    Rina´s last blog post ..PHP Script To Detect And Display Visitor’s Country Using His IP Address Location Lookup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge