Cara Berniaga Melalui Facebook

Sebelum ini, saya sudah kongsikan pada anda 4 Teknik Pemasaran Facebook Berkesan. Ada yang sudah praktikkan atau belum? Tak apa, ambil masa masing-masing ya. Siapa nak cepat dapat duit kocek sampingan, bertindak segera. Siapa dah kaya,pejam mata. Jangan baca artikel tu.

Ok, kali ni saya kongsikan lagi 1 artikel berkaitan cara buat duit dengan Facebook. Tapi, saya cuma akan fokuskan pada cara berniaga di Facebook yang betul sahaja, saya tak tahu cara nak kelentong itu ini. Tak berkat nanti rezeki. hehehe!

Baiklah, sebelum anda mulakan perniagaan menggunakan Facebook sebagai platform pilihan, ada beberapa soalan yang anda perlu tanya dengan diri sendiri dulu. Kalau soalan mudah ini anda gagal nak jawab, mungkin anda akan hadapi sedikit masalah, tapi masih boleh berjaya. Boleh! InsyaAllah. Ok, sila jawab beberapa soalan ini.

Persoalan wajib yang perlu ada jawapan sebelum berniaga di Facebook :


Siapakah bakal pembeli produk kita?
Dimanakah tempat kita berhubung dengan bakal pembeli produk kita?
Bagaimanakah cara kita mendapatkan bakal pembeli produk kita?
Apakah produk yang mendapat permintaan pembeli?
Apakah produk yang patut kita tawarkan?

Anda tak dapat menjawab ke? Oklah tak apa. Mesti belum bangun daripada tidur. hehehe! Saya tolong beri idea cara jawab soalan di atas untuk bantu anda semua nampak lebih jelas tentang cara berniaga melalui Facebook ok.

Ini mungkin contoh jawapan bagi persoalan di atas :

1. Siapakah bakal pembeli produk kita?
Pembeli produk kita tu nanti ialah wanita (fokus pada 1 golongan saja lebih mudah untuk menjual)

2. Dimanakah tempat kita berhubung dengan bakal pembeli produk kita?
Kita berhubung dengan bakal pembeli di Facebook Fan Page yang kita akan bina sendiri nanti, contoh fanpage kita tu nanti mungkin fanpage Tips Kecantikkan Wanita Masa Kini

3. Bagaimanakah cara kita mendapatkan bakal pembeli produk kita?
Kita boleh buat 1 blog dan berkongsi tips kecantikkan masa kini dan kemudian  mengajak pembaca blog like fanpage kita tadi

4. Apakah produk yang mendapat permintaan pembeli?
Mungkin setelah kita buat sedikit research, kita dapati wanita masa kini suka produk kecantikkan yang boleh diambil dengan cara paling mudah seperti Tablet Radiglow Premium. Wanita zaman sekarang ramai bekerja, masa ada masa nak bancuh-bancuh!

5. Apakah produk yang patut kita tawarkan?
Produk kesihatan luar dan dalam khusus untuk wanita

Bila kita dah boleh menjawab semua soalan beserta jawapan yang kita boleh gunakan untuk bantu kita memulakan perniagaan nanti, barulah kita duduk dah senaraikan jenis produk yang sesuai dijual di facebook berdasarkan jawapan kita tadi. Jadi, kita tidak akan buang masa sebab kita dah ada FOKUS golongan sasaran  🙂

Akhir sekali, bila kita dah ambil keputusan produk apa yang kita nak jual nanti barulah boleh fokus pada promosi produk melalui facebook pulak. Macam mana nak jalankan promosi ni pulak, kalau anda rajin nak belajar 1001 cara promosi dengan pertolongan Google, silakan.

Tapi, katakanlah anda tak ada masa sangat nak buat research. Anda macam dah tak sabar nak buat duit di Facebook, yelah sebab anda dah tahu dah cara berniaga di Facebook yang betul kan? Jadi, anda macam terujalah kira. Anda boleh korek rahsia sifu-sifu pemasaran Facebook yang mereka kongsikan dalam bentuk video tutorial. Lagi best! Selamat maju jaya!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Cara Berniaga Melalui Facebook

  1. Yup, produk wanita nampak antara yang banyak dijual di fb. Dijual kepada kaum wanita, penjualnya belum tentu wanita :).
    Norazizah´s last blog post ..Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

  2. wow pandainyerr liza razak berniaga, hehee
    Juan´s last blog post ..Pemasaran Melalui Facebook Yang Berkesan

  3. Secara ringkasnya kena kaji pasaran dan produk.

  4. Terima kasih Liza berkongsi tips. Bagus juga ni, boleh saya buat rujukan jika perlu nanti.

  5. Customer saya majoriti lelaki sebab menjual produk di mana hanya customer lelaki sahaja yang minat untuk membeli heh 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge