4 Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

Terlalu banyak kehebatan yang ada pada platform Facebook ini kalaulah semua peniaga tahu. Bayangkan, dengan jumlah total penggunanya yang lebih daripada 500 juta di seluruh dunia, tidak mungkin tiada sebarang manfaat yang kita boleh dapat menerusi Teknik Pemasaran Facebook.

Pasti ada kalau anda betul-betul terokai kelebihan  yang ada dengan Facebook ini. Tapi, untuk perkongsian kali ini saya hanya mahu berkongsi 4 teknik pemasaran Facebook berkesan dengan anda. Selebihnya, anda boleh lakukan research sendiri ya.

TEKNIK PEMASARAN FACEBOOK BERKESAN

1) Teknik Pemasaran Facebook 1 – Bina Fan Page Produk

Bina 1 Fan page bagi setiap 1 jenis produk yang anda jual. Jangan kumpulkan semua produk anda dalam 1 fan page.  Nanti pelanggan anda keliru. Konsepnya sama juga macam niche blog, untuk memudahkan pelanggan kita saja. Macam saya, ada produk Al-Quran pelbagai jenis, saya bina 1 fan page Al-Quran Pelangi Murah khas untuk jual Al-Quran sahaja. Untuk produk Makanan Sunnah pula, saya himpunkan dalam fan page Makanan Sunnah Terbaik Murah. Lebih mudah dan terurus!

2) Teknik Pemasaran Facebook 2 – Memaksimakan Penggunaan Fan Page

Gunakan sebaik mungkin fan page produk anda tadi. Pastikan anda sentiasa kemaskini wall fan page anda dengan maklumat-maklumat berkenaan produk anda atau maklumat selingan yang ada kaitan dengan produk anda sahaja. Sekiranya ada pengumuman yang nak diumumkan, sebaiknya gunakan fungsi “note” yang disediakan oleh Facebook. Tapi, ingat. jangan sesekali salahgunakan fan page anda tu dengan kemaskini bersifat terlalu peribadi. Percayalah, pelanggam anda akan rimas!

3) Teknik Pemasaran Facebook 3 – Sistem Perkongsian Gambar Yang Menarik

Jangan pandang remeh pada kuasa imej ya. Mengikut pengalaman saya dengan beberapa fan page produk yang saya sendiri selenggara, saya dapati mesej produk yang saya sampaikan secara bergambar adalah lebih mendapat sambutan pelanggan. Mereka lebih berminat nak tahu berkenaan produk. Jadi, pastikan anda pilih gambar-gambar produk anda yang dirasakan TERBAIK untuk dinaik turun ke wall fan page anda ok.

4) Teknik Pemasaran Facebook 4 – Rancang Strategi “paksa” pelanggan

Istilah “paksa” di sini bukan paksa yang tidak baik. Jangan salah faham. “paksa” yang saya maksudkan ialan kita hasilkan 1 strategi atau mungkin 1 sistem yang khas untuk kita buat potential customer kita tu tidak perlu fikir panjang, tetapi terus saja setuju untuk lakukan pembayaran produk kita! Macam mana nak buat? Ok, ini mestilah terpulang pada idea dan kreativiti masing-masing kan? Lain orang, lain strateginya.

Baiklah, daripada 4 teknik pemasaran facebook berkesan yang saya sudah kongsikan pada anda di atas, saya yakin anda pun tahu ianya tidaklah mudah untuk permulaan. Ada sesetengan orang, dia mahu berniaga tetapi dia bukanlah daripada golongan celik IT.

Tapi, tak perlu risau sebenarnya. Sumber dekat internet sekarang dah banyak. Anda juga boleh saja upah orang untuk tolong anda bina 1 fan page, kemudian minta quotation baru untuk minta orang kemaskini maklumat dalam fan page, lepas tu keluarkan lagi modak untuk nak tarik like, dan percayalah cakap saya ada juga orang yang langsung tak tahu nak handle facebook sampai mereka terpaksa upah social manager khas untuk maintain fanpage mereka.

Tapi, tidakkah anda rasa rugi? Habiskan duit anda setiap bulan untuk upah itu ini, sedangkan sistem tingkatkan jualan sudah ada dipasaran dan sangat membantu. Anda boleh gunakan sistem daripada keluaran luar negara kalau anda mahu tapi rasanya sekarang dah tak perlu.

Sekarang ni, di Malaysia pun sudah ada 1 sistem lengkap khas untuk peniaga yang nak letupkan bisnes mereka. Sistem tingkatkan jualan ini akan bantu anda selesaikan SEMUA urusan di atas dalam sekelip mata saja. Anda cuma perlu bayar untuk dapatkan sistem ini dan anggap saja 4 teknik pemasaran facebook di atas anda sudah selesaikan!

Artikel Berkaitan

8 responses to “4 Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

  1. jangan lepaskan peluang untuk membuat pemasaran di Facebook, terbaiklah tip ni cik liza.
    Denaihati´s last blog post ..WordPress Master Class dan Insentif bulanan

  2. Teringin juga nak menjual.. Tapi tak berkesempatan lah.. Dan tak tau nak jual apa.. hehehe..

    Perkongsian yang bagus untuk semua yang rajin menjual on9.. =)
    Faarihin´s last blog post ..First Day

  3. teknik pemasaran yg betul…..
    ilhamic´s last blog post ..Peluang Perniagaan

  4. tq kak 🙂 nak gak ‘paksa’ orang lepas ni.hehe
    pahan´s last blog post ..Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge