Apakah 10 Keyakinan Dalam Hati Anda?

Mari kita bersembang tentang hati. Apakah 10 Keyakinan Dalam Hati Anda? Jangan fikir banyak-banyak, cukuplah sekadar 10 sahaja. Saya tak mintak lebih sebab yakinlah, yang 10 ini pun anda akan terkial-kial memikirkannya.

Kalau malu, jangan tinggalkan komen di bawah artikel ini. Saya pun tak paksa anda semua berkongsi. Tapi, saya tak kira. Saya tetap nak kongsi apakah 10 keyakinan yang ada dalam hati saya sehingga hari ini. Selama hampir 29tahun hidup, baru hari ini saya terfikir tentang ini.

Entah ada, entah tidak. Tak apa, saya cuba ya keluarkan kesepuluhnya sekali. Mungkin saya berjaya senaraikan kesemuanya, mungkin juga tak Anda pun cubalah. Nanti saya terangkan untuk apa senarai ini ok. Mari mulakan. Bismillah!

1) Kalau kita buat baik, saya yakin Allah akan ganti kebaikan itu walau dengan apa cara sekalipun

2) Kalau saya berbakti pada mak ayah, saya yakin Allah akan rezekikan saya dengan anak-anak (insyaAllah) yang berbakti juga bila saya dah tua nanti

3) Kalau saya rajin bersedekah, saya yakin Allah akan jaga rezeki saya

4) Kalau saya sayangkan kucing, saya yakin Rasullullah akan sayang saya (tolonglah gelak banyak-banyak)

5) Kalau saya tidak terlalu berkira dengan Hamba Alah yang lain, saya yakin nanti Allah akan tolong saya saat saya dalam terdesak inginkan sesuatu (Alhamdulillah, selalu jadi)

6) Kalau saya betul-betul serah diri pada Allah, saya memang yakin Allah akan terima saya dengan pelukan paling erat. Kalah pelukan ibu saya.

Erk, nampaknya saya gagal senaraikan 10 keyakinan dalam hati saya sehingga hari ini. Cuma dapat senaraikan 6 sahaja. Oklah kan daripada tak ada. hehehehe!!! Anda pulak bagaimana? Dapat tak fikirkan apa keyakinan anda?

Kenapa saya suruh senaraikan macam ini? Mudah. Saya cuma nak ajak anda berfikir apakah tujuan anda hidup selama ini, apakah objektif dalam hidup anda. Sejauh manakah rasa keyakinan pada janji-janji Allah dalam diri anda. Itu je pun. Sekian. Oh ya, semalam kan..saya dapat lagi komisen baru daripada Jobdirumah.hehehehe!

Artikel Berkaitan

5 responses to “Apakah 10 Keyakinan Dalam Hati Anda?

  1. Setuju. Enam di atas pun dah banyak buat saya berfikir.

  2. 1 Kalau saya mati, amalan saya tak lepas untuk selamatkan diri.
    2. Kalau saya relaks, saya akan lebih berjaya
    3. kalau saya fokus saya akan lebih relaks
    4. Kalau saya lupakan masa lalu, saya akan lebih tenang
    5. Kalau saya tak asyik ingat apa yang kurang, saya tak akan terkejar-kejar
    6. Kalau saya solat malam, saya akan rasa lega
    7. Kalau saya berterus terang, hidup akan lebih meriah
    8 Kalau saya beralah, saya akan menang
    9. Kalau saya marah, saya perlu diam
    10. Kalau saya betulkan diri sendiri, orang sekeliling akan terbetul sekali!
    Mohd Shubhi´s last blog post ..Usahawan yang merdeka

  3. artikel yang abgus, semoga sya bisa mengamalkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge