10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat

Semua orang sibuk shopping baju raya. Macam-macam fashion nak dicubanya. Kalau mak saya, dia tak suka beli baju kurung. Biasalah, mak tukang jahit. Jadi dia tak suka tengok jahitan orang lain, tak kemas katanya. Tapi saya setuju. Mungkin lepas ni saya kena belajar buat baju kurung dengan mak.

Ada baju kurung baru setiap kali hari raya memang bermanfaat tapi sebenarnya ada banyak lagi perkara yang jauh lebih bermanfaat kita boleh buat. Kalau anda tak tahu, tak apa sebab hari ini saya rajin sikit nak kongsi. Sambil-sambil ambil order Al-Quran Pelangi dekat Facebook.

 10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat

1. Benda paling bermanfaat di subuh hari raya ialah, pergi solat Subuh berjemaah dekat surau dan sama-sama melaungkan takbir. Sangat bermanfaat bukan? Orang lain tidur lena, kita ke rumah Allah. Besar pahala. Kalau tahun-tahun lepas anda tidak pernah buat, cubalah tahun ni anda buat.

2. “paksa” ahli keluarga anda semua untuk bersolat sunat hari raya Aidilfitri di surau berdekatan. Kenapa saya guna “paksa”? Sebab, ada sesetengah ahli keluarga kita ni memang tak terbuka hati sikit nak ke surau tapi untuk hari raya ini, anda cuba”paksa” mereka. Belum cuba belum tahu. Macam saya dulu, tak suka solat sunat hari raya. Pada saya, sunat tu tak ada apa-apa. Tapi, silap. Solat sunat Aidilfitri lain, sangat bermanfaat. Saya boleh bermaaf-maafan dengan jemaah!

3. Ziarah ke tanah perkuburan. Saya tahu, ada sesetengah keluarga, tidak amalkan sangat acara ziarah kubur di pagi raya ni. Mungkin mereka tidak nampak kepentingannya. Hmm, tapi tahun ini cubalah pergi ke kubur. Kala masih ada mak/ayah, pergilah ziarah kubur saudara mara. Anda akan suka!! Percayalah, anda akan suka dengan keadaan “kawasan kubur yang hidup” di pagi raya. Ambil kesempatan untuk sedekahkan Al-Fatihah buat si mati. PAHALA.

4. Bertukar juadah dengan jiran-jiran walaupun jiran anda bukan beragama Islam. Tapi, ingat ya. Orang India tidak makan daging. Jangan aniaya diri sendiri. hehehehe!

5. Ringankan tulang di dapur. Lagi-lagi kalau anda perempuan ya. Jangan tengok TV semata-mata.

6. Pakai baju baru yang tidak terlalu “over”. Hari raya bukan pesta pertunjukkan fesyen ya. Jangan jadikan diri anda seperti clown dengan memakai pakaian yang menjolok mata sangat. Tak bermanfaat langsung sebab percayalah, sangat tidak sesuai. Malah, anda akan dijadikan bahan gosip di dapur oleh makcik-makcik.

7. Sesi maaf-bermaafan tanpa sebut “mana ang pow” -..-

8. Pergi buka pintu rumah luas-luas. hari raya cuba kumpul pahala banyak sikit dengan izinkan orang datang rumah anda. Siapa yang biasanya tutup pintu rumah, langsir dengan harapan tak nak bagi kanak-kanak datang beraya tu, ubahlah sikap anda. Buatlah sesuatu yang bermanfaat di hari raya ini. Bersedekahlah dengan hati terbuka. Tetamu kan datang bawa rahmat!

9. Start enjin kereta anda dan bawalah keluarga anda beraya ke rumah saudara mara dan bukan ke shopping mall ya. Jangan cuma tidur terlentang di dalam rumah. Langsung tak bermanfaat! Keluarlah, jalinkan silaturrahim.

10.  Bila masuk waktu solat, jangan buat-buat tak dengar. Jangan sibuk makan kuih. Pergilah segerakan hak-hak Allah.

Sekian, semoga 10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat ini tidak membantu anda. Haah, tidak membantu sangat. hahahaha! Oh ya, sesiapa yang mencari Al-Quran untuk tujuan dijadikan hantaran, boleh dapatkan di Al-Quran Pelangi Murah ya.

Artikel Berkaitan

12 responses to “10 Tips Raya: Bagaimana Raya Anda Kali Ini Lebih Bermanfaat

  1. TR

    Kurangkanlah tengok TV di hari raya, perbanyakkanlah ziarah…
    TR´s last blog post ..30 Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman

  2. kena buat semuanya ni. no.4 kat dah semakin kurang sekarang ni.
    Denaihati´s last blog post ..Mari belajar buat blog dengan WordPress

  3. raya is gettin near 😀
    zuan´s last blog post ..Lagu Raya Dari W.A.R.I.S

  4. Pingback: Lokasi Speedtrap Musim Perayaan 2013 | Lizarazak.com

  5. sambut raya pun ada tips eh.
    terima kasih berkongsi tips ni

  6. Tambah juga berbagi rejeki kepada orang2 yang membutuhkan mumpung ini masih di bulan ramadhan, Insya Allah kita akan mendapatkan balasan pahala yang berkali lipat dari Allah SWT
    Rina´s last blog post ..How To Create jQuery Featured Content Slider For Website

  7. jangan sesekali minta ang pow selepas salam takut nanti makan penampow, ahaks 😛
    hafidz´s last blog post ..Cek Ketiga Nuffnang

  8. Mak ada amik upah jahit ker? Boleh bgtau kat wife.
    halif´s last blog post ..Mencari Damai Dihati, Talbiah Panggilannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge