Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013 adalah pada 8 Julai 2013 ini. Penetapan Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2013 akan diumumkan oleh pejabat penyimpan mohor besar Raja-Raja Malaysia. Rindu kan dekat pakcik yang selalu umum tu!

Tak ingat nama dah dan malas pula nak cari dekat internet. Inilah dia namanya penyakit malas seorang blogger. hahahaha! Tak apalah, saya dah kongsi artikel Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013 ini, jadi apa salahnya anda rajinkan diri tolong beritahu nama pakcik tu. heh!

Rasa macam baru je semalam saya buat artikel Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012, hari ini dah kena taip artikel lebih kurang sama pula cuma tahun je lain. hehehe! Nampak tak permainan SEO lokal di sini. Ini namanya pemberitahuan jujur seorang blogger wanita hangat-hangat ayam.

Tak sabar nak tunggu pengumuman tarikh melihat anak bulan ramadhan ni sebab tak sabar nak berterawih. Seronoklah terawih bila dapat imam yang baca Al-Quran merdunya Ya Allah. Rasa nak suruh dia baca surah panjang-panjang je tapi tulah perut kenyang. hahahaha!

Apa-apapun, kena tunggu dululah pengumuman tarikh melihat anak bulan ramadhan 2013. Pengumuman tarikh rasmi puasa akan diumumkan macam biasalah oleh pejabat penyimpan mohor besar Raja-Raja Malaysia. Semoga tak ada yang liat nak bangun sahur nanti ya.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

3 responses to “Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013

  1. jom skodeng sama2 nanti…hehe
    halif´s last blog post ..Buat pahala dari blog

  2. Kini kita telah masuk di bulan ramadhan ya, semoga tahun depan kita masih tetap bisa berumur panjang dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk tetap menikmati bulan suci ramadhan
    Selamat bulan ramadhan, semoga ibadahnya lancar dan makin khusyuk 🙂
    Rina´s last blog post ..Create CSS Tables Styles Zebra Stripes Hover Effect

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge