Mudahnya Buat Duit Dengan Blog

Jika anda adalah seorang penulis blog, saya berani katakan yang anda langsung tidak mempunyai sebarang masalah atau rasa kekok untuk berkongsi pendapat, pandangan, idea atau apa-apa sahaja yang terlintas difikiran anda untuk dibaca oleh orang lain.

Malahan ada ketikanya anda mahukan perhatian, anda mahukan lebih ramai orang untuk baca apa yang anda tuliskan!
Ye la… kita pun faham. Penat-penat perah otak, cari idea, bila dah siap satu artikel, mestilah kita nak orang baca. Lebih-lebih lagi bila dalam entri yang kita hasilkan tu, kita dah selitkan didalamnya link link azimat yang boleh hasilkan pendapatan tambahan untuk kita.

Kalau tak ada sesiapa yang baca apa yang kita tulis, kan buat penat je tu namanya.

Siapa saya ni nak cerita topik pasal penulisan and buat duit pulak ni kan.

Ehem ehem… saya ni pun penulis blog jugak tau. Jadi, sedikit sebanyak saya boleh imagine apa yang penulis blog lain fikirkan dan rasa.

Ini blog saya, sabreehussin dot com. Erk tak pernah dengar?!

Alright, kalau anda tak pernah dengar maknanya saya dah berjaya jadi penulis yang low profile selama saya jadi penulis.
Alhamdulilah, dengan blog yang tak seberapa tu jugak saya dah berjaya dapat income sekitar RM1,000 ++ In Shaa Allah akan semakin meningkat.

Sebenarnya, dalam entri ni saya nak cerita pasal “Mudahnya buat duit dengan blog” 

Don’t worry. Saya tak akan cerita panjang-panjang, jika anda beri tumpuan pada apa yang saya akan tulis ni, tak sampai tiga minit dah habis baca.

Masih bersama saya? Bagus. Anda memang awesome!

Saya tak pasti sama ada anda akan rasa pelik atau tak, sebabnya kalau saya, memang saya akan rasa pelik. Tak kan tak rasa pelik langsung, 1,000 blogger buat benda yang sama, tapi tak semua akan dapat hasil yang sama. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang, ada yang tak dapat-dapat langsung.

Dapat apa? La… duit la. Kan kita tengah cerita topik mudahnya buat duit dengan blog.

Setengah orang kata buat duit dengan blogging ni susah. Ye ke, kalau susah, kok boleh ada yang berjaya? Kalau senang, macam mana pulak caranya?

Pelbagaikan pintu wang masuk

Saya pun tak faham kenapa ramai yang masih lagi tak boleh nak grab konsep ni. Alang-alang dah buat blog sebab nak buat duit, kita perlbagaikan aliran masuk duit tu dari pelbagai sumber, yang halal, of course.

Itu yang saya buat, saya combine beberapa kaedah. Antaranya pengiklanan dengan Nuffnang, affiliate marketing dengan jomniaga [daftar percuma], network marketing, dan jual produk digital

Dari masa ke masa, kita boleh lihat sendiri mana satu dari money making tools yang perform. Yang perform kita teruskan, yang tak perform, slow-slow kita tinggalkan.

Fungsi blog


Saya tak pasti tentang pembaca blog anda, tetapi saya dapat baca sesuatu dari statistik pengunjung blog saya.
Mereka yang datang ke blog saya, rata-rata inginkan maklumat, informasi, dan ingin selesaikan isu yang mereka tengah hadapi.

Mereka bukan datang ke blog saya sebab nak tau pasal majlis kahwin saya bila, mereka bukan nak baca cerita-cerita pasal siapa dalam family member saya yang akan sambut hari lahir.

Tak tak tak.

Entri yang paling banyak pembaca dalam blog saya ialah entri yang bantu pengunjung blog saya untuk selesaikan masalah mereka.

Sebenarnya saya tak ada lah hebat sangat sampai mampu nak selesaikan masalah diorang ni semua, tapi ada satu perkara yang saya mampu buat, dan mereka seronok pulak tu bila saya buat macam tu.

Biasanya, apa yang saya buat, saya bantu mereka selesaikan 30% dari masalah mereka dan lagi 70% tu, kalau mereka serius nak selesaikan segera, saya akan cadangkan pada mereka produk apa yang sesuai untuk mereka cuba bagi mengucapkan selamat tinggal kepada masalah mereka.

Dan kalau mereka buat pembelian, ka ching… saya pun dapatlah komisen.

Senang kan kerja kita?

Dalam dunia ni ada macam-macam masalah, dan dalam dunia ni jugak ada ramai orang yang ada masalah. Kita tak perlu nak jadi orang yang bersusah payah nak selesaikan masalah diorang tu semua, cukup kita jadi pemandu arah, navigator, untuk tunjukkan pada mereka jalan yang mereka patut ambil untuk selesaikan masalah mereka.

Ok saya bajet artikel ni pendek je, tapi dia terbabas jadi panjang jugak. Bravo buat anda yang baca sampai ke perenggan ni.

Sebelum berpisah, saya nak share satu nasihat dari seorang kawan, katanya

Ibarat seorang petani yang menanam padi, selepas berbulan-bulan mengusahakan tanamannya, barulah nampak hasil. Itu pun selepas terpaksa berbongkok-bongkok, sakit pinggang, sakit kaki, berpanas, berhujan, berpenat dan bermacam lagi dugaan, selepas hampir setahun barulah dapat hasil daripada padi yang ditanam.

Kita? Ala… kita cuma perlu hasilkan artikel yang berkualiti je pun. Kalau nak dibandingkan dengan petani tu tadi, apa lah sangat.

Artikel berkualiti tu macam mana pulak? 

Yang ni lain kali saya jawab. Tunggu dapat green light dari tuan blog, saudari Liza Razak dulu. Kalau diizinkan, saya akan berikan pula beberapa siri Rahsia blog yang lain untuk pembaca

Sekian, semoga perkongsian ini bermanfaat. Wallahua’lam.

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Sabree Hussin

Artikel Berkaitan

11 responses to “Mudahnya Buat Duit Dengan Blog

  1. Memang tidak dinafikan lagi,jika kita betul-betul fokus di dalam artikel blog untuk buat duit rezeki akan datang bergolek.Terdapat juga pelbagai cara untuk kita pelbagaikannya agar ianya menarik perhatian pembaca dan juga bakal pelanggan
    wazy´s last blog post ..Amnig Gedung Pakaian Sukan Online Untuk Lelaki Dan Wanita

  2. yup..betul tu..tapi kena la pandai tackle pembaca macam mana nak dapatkan income tu kan..:D
    reezluv´s last blog post ..Best Sangat Ke Kitab Teknik SEO Merah Jambu Tu?

  3. lg byk ilmu di cari
    lg yk yg kena belajar 🙂
    Terbelog´s last blog post ..Fakta Tentang Bayi Yang Perlu Anda Tahu

  4. kita buat apa pun jika fokus insyallah memberikan hasil lumayan. keep it up untuk memandaikan anak bangsa melalui blog
    Wanmus´s last blog post ..Download atau Print Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2013 Seluruh Malaysia

  5. banyak jalan dan cara menuju tanah suci Mekkah maka banyak jalan dan cara pula dalam memperoleh rejeki nie
    semoga kedepannya makin sukses dan terus bisa menginspirasi kita semua dalam menjaring uang dari kegiatan blogging 🙂
    Rina´s last blog post ..Create CSS Tables Styles Zebra Stripes Hover Effect

  6. Pingback: Jemputan Menyertai Group Projek Buat Duit Dengan Blogging | Lizarazak.com

  7. wah tip yang sangant terkensan kepada saya …Ayat yang terkesan dan memberikan logik cuba selesaikan masalah orang ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge