Mencari Lailatul Qadar

Misi mencari Lailatul Qadar sudah bermula. Sekarang ni sudah masuk 10 hari terakhir sebelum tamatnya kursus Ramadhan 2013 ini. Apakah persedian anda semua? Kalaulah tahun ini merupakan Ramadhan terakhir kita, dan kita tak nak ambil peluang ni. Ruginya!

Semalam, saya berkesempatan ke majlis ilmu bersama Ustaz dari Indonesia. Ustaz pondok omputih cakap. hehehe! Jadi, saya nak kongsi sikitlah pengisian ilmu berkenaan Al-Quran yang saya dapat semalam. Saya ada juga kongsikan di page Al-Quran Pelangi Murah. Mengikut kata ustaz tu, ada 3 jenis orang Islam yang diizinkan/diilhamkan oleh Allah untuk membaca Al-Quran (bukan semua dapat anugerah ni).

Al-Quran Medina Tajwid. Open for Pre-Order. Klik here

1) Orang Islam yang dianugerahkan untuknya Al-Quran tetapi hatinya tidak terbuka untuk membaca isi Al-Quran. Jenis paling rugi.

2) Orang Islam yg baca Al-Quran tetapi masih buat maksiat. Al-Quran hanya dimulut, bukan dihati.

3) Orang Islam yang membaca Al-Quran dan amalkan ayat-ayat Al-Quran. Ini yang terbaik.

 Agak-agaklah, kita menjadi jenis manusia yang ke berapa dalam senarai di atas? Oklah, nak sembang kencang pasal Al-Quran sangat pun saya tak arif mana. Tapi, kali ini saya cuma nak kongsikan antara amalan-amalan yang kita semua boleh usaha untuk mencari Lailatul Qadar Ramadhan 2013 ini.

USAHA MENCARI LAILATUL QADAR 

1. Selepas bangun bersahur. Buatlah terus solat tahajjud 2 rakaat.

2. Jika anda seorang perempuan dan tidak boleh solat, ambillah peluang untuk membaca al-Quran dari ingatan, membaca terjemahan, atau mendengar al-Quran. Tidak lupa juga berzikir dalam hati.

3. Anda sudah pun iftar bersama keluarga dan rakan dengan juadah yang enak selama 3 minggu. Apakata, anda pula menolong mereka hidangkan juadah berbuka puasa untuk orang lain seperti di Masjid atau rumah anak-anak yatim. Percayalah anda akan rasa puasa anda kali ini lebih bermakna.

4. Berbukalah di luar atau beli sahaja lauk supaya isteri anda tidak kepenatan menyiapkan juadah berbuka dan akhirnya terlepas peluang untuk bertaraweeh.

5. Mulalah merancang untuk hari yang mulia yang bakal tiba. Jangan asyik membeli belah untuk baju raya sebaliknya simpan wang yang diperlukan nanti. Hiasi rumah dengan ala kadar dan juga buat perancangan minggu pertama Hari Raya bersama keluarga tersayang

6. Ambil langkah berjaga-jaga selepas Ramadhan nanti. Mulalah fikir dan tentukan 3 matlamat yang anda ingin capai selepas Ramadhan samada dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

7. Selepas berbuka puasa, sebaiknya bacalah Al-Quran, lakukan solat taraweeh, berceritalah tentang kisah para-para Nabi dan Sahabat bersama keluarga.

8. Jangan asyik memberi tumpuan kepada mana-mana malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan. Sebaliknya buatlah ibadah dengan penuh ikhlas di setiap malam dengan mempelbagaikan ibadah. Sebagai contoh: membaca al-Quran, solat tahajjud, solat sunat atau di hari berikutnya solat tahajjud dan mencuci masjid.

9. Jangan berputus asa. Jika anda sudah terlepas untuk membuat perkara-perkara yang dirancang di bulan Ramadhan. Selagi niat dan usaha ada, Insya Allah semoga anda semua mendapat pahala.

10. Berilah sedekah kepada golongan yang memerlukan di setiap hari-hari terakhir Ramadhan ini.

Credit 100% untuk blog Qashmere

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

9 responses to “Mencari Lailatul Qadar

  1. semoga mendapat lailatul qadar dengan usaha yang diizinkan.
    onlajer´s last blog post ..Panduan & Tips Perlaksanaan Haji & Umrah

  2. moga pencarian lailatul qadar di berkati oleh-Nya, Amin. 🙂
    hafidz´s last blog post ..Dugaan Ramadhan 1434 Hijrah

  3. ayuh masuk ke gear 6 + turbo booster dalam ibadat untuk lailatul qadar kali ni..
    Fakarepain´s last blog post ..DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299

  4. insyaallah,,sama-sama la kita cari.
    eiela´s last blog post ..Delima Home Pusat Perabut Di Hujung Jari

  5. Terima kasih di atas perkongsian info.. Semoga kita dapat bersama-sama berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar…
    Anuar´s last blog post ..Semoga Berpeluang Bertemu dengan Malam Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge